Tuesday, June 15, 2010

Rejab yang Mulia


Alhamdulillah hari ini telah selesai imtihan tahriri dan bakal bertemu dengan imtihan syafawi pada 23/6 nanti. Hari ini sudah masuk 3 Rejab 1431. Sedar tak sedar kita telah pun berada di pertengahan tahun. Cukup pantas masa berlalu meninggalkan kita. Kita akan terus hanyut dengan kenikmatan dunia sekiranya kita berterusan leka dan lalai tanpa diingatkan. Walaupun kita begitu, Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu denga bulan Rejab. Bulan yang mulia dan penuh keberkatan di dalamnya. Bulan yang mana Nabi diisra'& dimikrajkan oleh Allah. sepertimana termaktub di dalam surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud

Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjidil haram (di mekah) ke masjidil aqsa (di palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang amat mendengar lagi amat mengetahui.

Pada malam nabi diisra' mikrajkan, Nabi telah menerima perintah yang amat penting bagi dirinya dan umat islam seluruhnya iaitu solat 5 waktu. Bayangkan betapa tingginya kedudukan solat itu di sisi Allah sehingga difardhukan kepada baginda secara terus tanpa perantaran jibril. Malangnya bagi orang-orang yang menjadikan solat itu sebagai satu perkara remeh sehinggakan ada yang meninggalkannya. Solat merupakan tiang agama sekiranya kita meninggalkan solat maka akan runtuhlah agama kita. Ibarat sebuah rumah yang tidak bertiang maka ia tidak akan terbina. begitulah juga dengan solat. Perkara yang pertama akan dihisab di akhirat kelak adalah solat kita. Andainya baik dan bagus solat yang kita kerjakan maka akan dimudahkan hisab ke atas amalan-amalan kita yang lain. Solat juga merupakan pendinding bagi kita dari melakukan kemungkaran sepertimana firman Allah di dalam surah Al-'Ankabut ayat 45 yang bermaksud

Bacalah serta ikutilah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Itupun bergantung bagaimana cara kita menunaikannya. Sekiranya kita menunaikannya dengan khusyuk dan tawaddhu' semata-mata kerana Allah insyaALLAH kita akan dihindarkan daripada kemaksiatan. Antara orang-orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak ialah mereka yang khusyuk di dalam solatnya sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Mu'minun ayat ke 1-2 & 9 yang bermaksud

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya & Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Maka natijahnya ialah melalui firman Allah dalam surah yang sama ayat ke 10-11 yang bermaksud

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Sabda nabi dalam hadisNya yang bermaksud

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala

Allah telah melebihkan pahala ke atas mereka yang menunaikan solat secara berjemaah dengan 27 kali ganda berbanding solat secara bersendirian. Sekiranya inginkan ganjarannya maka tunaikanlah solat secara berjemaah dan tunaikan ia di awal waktu. Untuk akhirnya marilah sama-sama kita memperelokkan solat kita. Kerjakanlah ia dengan penuh khusyuk dan tawaddhu' serta lakukan secara berjemaah di masjid. Itu yang lebih afdhol (baik). Dan perbanyakkanlah amalan-amalan sunat yang lain di bulan ini untuk meneutralkan kembali hati kita yang kotor dan penuh kegelapan ini agar kita sentiasa menjadi hamba yang diredhoi oleh Allah. Amin ya Rabb Al-'Alamin

3 Rejab 1431 - 15 Jun 2010
6.45 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

No response to “Rejab yang Mulia”

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...