Friday, June 25, 2010

Renung & Fikirkan

Setelah lebih kurang 3 minggu berada dalam zon imtihan, Alhamdulillah akhirnya imtihan fasa dua menutup tirainya pada hari rabu lepas bagi kuliah Al-Quran tahun 1 Tanta. Semoga kami semua dikurniakan kejayaan oleh Allah s.w.t di dalam imtihan fasa 1 & 2 ini. Amin. Dan sekadar perkongsian kali ini untuk sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan serta muhasabah diri


Lucukan, RM 20.00 ringgit kita
sedekahkan di masjid terasa amat
besar, tetapi tidak terasa apa-apa bila
kita belanjakannya di pasar ataupun shopping complex.

Lucukan, bila kita rasa amat lama untuk
berzikir satu jam, tetapi kita rasa
amat sekejap menyaksikan perlawanan
bola sepak selama satu jam setengah.

Lucukan, kita rasa amat lama duduk
beri'tiqaf di masjid, tetapi tidak
rasa apa-apa untuk menonton filem yang
panjang.

Lucukan, kita naik semangat bila ada
tambahan masa dalam perlawanan bola
sepak, tetapi kita merungut bila
sembahyang terawih panjang sedikit
dari biasa.

Lucukan,beratnya membaca satu juzuk Al-
Quran, tetapi dengan mudah kita membaca
seratus muka surat novel dan komik
kegemaran kita.

Lucukan, kita berebut untuk mendapatkan
tempat duduk dihadapan dalam
perlawanan bola sepak atau konsert,
tetapi kita selesa berada di saf
belakang semasa solat berjemaah supaya
kita senang hendak keluar nanti.

Lucukan, kita perlu buat temujanji 2 3
minggu untuk program masjid, tetapi
kita boleh tetapkan program lain
dengan serta merta.

Lucukan, betapa sukarnya untuk
mengeluarkan beberapa perkataan untuk
mengajak kawan kearah kebaikan, tetapi
kita amat mudah mendengar dan
menyebarkan gosip.

Lucukan, kita percaya bulat-bulat apa yang
tertulis di helaian-helaian surat khabar,
tetapi kita mempersoalkan kebenaran Al-
Quran.

Lucukan, semua orang hendak pergi ke
syurga tanpa perlu beriman, berusaha
dan berbuat sesuatu.

Lucukan, bila kita hantar cerita
kelakar e-mail ianya cepat
tersebar, tetapi bila kita sebarkan 2 3
potong ayat Allah, ramai yang keberatan
berkongsi maklumat.


Renung-renung dan fikir-fikirkanlah. Kebanyakkan ataupun sebahagian dari perkara-perkara seperti di atas memang berlaku ke atas diri kita. Oleh itu, adakah kita mahu membiarkan ianya terus berlaku ataupun kita mahu memperbaikinya??? Jawapannya ada di dalam diri masing-masing. Tepuk dada tanyalah iman kita. Cuma ingatan dari saya insan yang kerdil lagi dhoif ini ialah jangan biarkan perkara-perkara ini terus berlaku, sebaliknya sama-samalah kita memperbaiki kelemahan-kelemahan ini supaya kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Amin ya Rabb Al-'Alamin Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 148 yang bermaksud

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

13 Rejab 1431 - 25 Jun 2010
11.48 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

No response to “Renung & Fikirkan”

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...