Thursday, March 10, 2011

10 Mac 2011


10 Mac 2011. Ada apa dengan tarikh ini ye??? Adakah hari perkahwinan tuan punya teratak ini atau tarikh yang disebabkan Malaysia telah layak untuk masuk ke pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012??? Mungkin jawapan yang kedua agak boleh diterima pakai la. Tapi yang sebenar-benarnya ialah tarikh teratak ini diupdate semula setelah 2 bulan menyepi macam dulu-dulu. Saya tak berapa pasti kenapa hampir 2 bulan teratak ini menyepi. Adakah ada kena mengena dengan pergolakan yang berlaku di Mesir. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tapi apa yang pasti ialah kemalasan tuan punya teratak untuk mengupdate. Harap lepas ini dapat istiqomah mengupdate teratak usang ini.

Erm...Post kali ini hanyalah ingin memberitahu para pembaca semua yang teratak usang ini telah pun diberi nafas baru setelah beberapa hari mengkodek-kodek (betul ke bahasa ni) template baru ini. Dan setelah beberapa hari bersusah -payah menukar itu dan ini daripada template lama ni


dan inilah hasilnya penukaran template lama ke template baru seperti yang terpampang di screen komputer dan laptop anda semua sekarang ini. Hasil kerja saya ni tidaklah sehebat hasil kerja Encik Ezhan (En Ezhan lagi yang menjadi mangsa saya kali ini) yang lebih power dari saya dalam bab design mendesign ni. Saya masih memerlukan lebih banyak pembelajaran dalam design dan blog ni. Harap dapat tunjuk ajar daripada Encik Ezhan yang saya gelar sebagai sifu saya dalam design. Kalau tengok template Encik Ezhan serba black dan nampak lebih ceria. Berbeza dengan template teratak ini yang serba white dan tidak banyak menggunakan warna lain sesuailah dengan diri yang masih mentah dalam design ni. InsyaALLAH background dan header teratak ini akan berubah sekiranya diri ini ingin melakukan yang demikian.

Semoga dengan nafas baru yang ditampalkan pada teratak usang ini, harapnya tuan teratak ini rajin dan tidak malas untuk mengupdatenya selalu. Dan insyaALLAH dalam teratak ini juga akan diadakan tutorial adobe photoshop seperti yang ada dalam blog Encik Ezhan yang hensem tu. Bukan niat untuk bersaing dengan Encik Ezhan tetapi hanyalah untuk berkongsi ilmu untuk tatapan para pembaca dan peminat adobe photoshop. Cuma satu permintaan dari diri yang kerdil ini untuk sifu En Ezhan agar dapat bagi sedikit komen untuk template yang baru ditukar ini. Boleh tinggalkan komen di ruang komen ataupun di shoutbox tu ye. Syukran sifu En Ezhan. Sebelum terlupa, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan Malaysia yang telah menang menentang Pakistan dengan agregat 2-0 sekali gus melayakkan pasukan Malaysia ke pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 pada bulan Jun akan datang. Syabas & Tahniah & Malaysia Boleh Terlebih pulak... Oklah sekian saja untuk post kali ini. Semoga bertemu kembali pada post yang akan datang insyaALLAH.

5 Rabi'ul Akhir 1432 - 10 Mac 2011
6.33 p.m
Ipoh, Perak, Malaysia

No response to “10 Mac 2011”

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...