Sunday, March 13, 2011

My Friends Wedding


Post ni untuk kongsi bersama gambar sekita majlis perkahwinan housemate saya Shauqie Sazli. Tak snap banyak gambar sebab agak segan dengan kamera Nikon COOLPIX S3000 yang ada di tangan. Sebab zaman sekarang kebanyakan ramai yang pakai kamera DSLR. Tengok kat majlis tu pun ramai yang pegang DSLR jadi COOLPIX S3000 ni pun merendahkan dirinya untuk mengurangkan kuasanya mensnap banyak gambar. Walaupun tidak dinafikan sekiranya COOLPIX S3000 ni mensnap gambar tidak kurang powernya kualiti gambar itu. Apepun inilah gambar yang sempat di snap di majlis yang diadakan di dewan Banquet CAC UIAM Gombak. Gambar pengantin hanya dapat snap 2 gambar je. Yang selebihnya adalah gambar tuan punya teratak ini. Tahniah untuk sahabat saya Shauqie & pasangan beliau Shafinaz. Tuan punya teratak bila lagi??? InsyaALLAH nanti bila sampai masanya akan dipertemukan jodoh yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa buat diri yang kerdil ini.









Kronologi
5 Feb 2011 : Akad nikah (Masjid Taman Beruda, Sungai Petani, Kedah)
6 Feb 2011 : Majlis kenduri di pihak perempuan (Sungai Petani, Kedah)
12 Mac 2011 : Majlis kenduri di pihak lelaki (Dewan Banquet CAC UIAM Gombak)

Gambar majlis akad nikah boleh lihat di blog ini izzalismail.blogspot.com

8 Rabi'ul Akhir 1432 - 13 Mac 2011
1.17 p.m
Ipoh, Perak, Malaysia

No response to “My Friends Wedding”

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...