Saturday, December 8, 2018

Ada apa dengan Shaklee

07072011-08122018 lebih kurang 6 tahun blog ni menyepi. Last post bertajuk ingat 2 perkara & lupa 2 perkara.

Semoga 6 tahun ni juga ade sedikit saham pahala yang dikutip dari blog ni yang memberi manfaat buat pembaca di luar sana.

Untuk come back ni PU aka pak ustaz (nama pena yang diguna pakai sebelum ni penulis) nak sentuh sedikit tentang Shaklee. Ada apa dengan Shaklee?)

Produk Shaklee memang tak asing lagi bagi pengguna-pengguna produk kesihatan.

Bagi mereka yang tak pernah ambil tahu tentang produk kesihatan semestinya tak tahu dan tak nak tahu pun pasal Shaklee ni.

PU pertama kali tahu pasal Shaklee ni masa belajar di Mesir dulu. Ada kawan yang tempah Shaklee ni dari Malaysia.

Masa tu memang buat tak tahu je pasal Shaklee ni. Sebab waktu tu tengah sihat lagi dan rasa takde kepentingan pun makan vitamin ni.

Sampai la akhir tahun lepas, PU disahkan oleh doktor bahawa PU terkena penyakit ekzema. Ayat suspen je kan. Haha.




Derita jugak la sebenarnya ekzema ni. Selalunya baby je yang kena kan. Orang dewasa ni jarang-jarang.

Beberapa kali jugak la ulang-alik klinik pakar kulit untuk proses penyembuhan. Tapi kecewa sebab still naik ekzema tu lepas ubat habis.

Duit beratus-ratus habis setiap kali TCA. Habis je ubat ekzema tu datang balik. Sedihkan. Ubat yang diberi pulak jenis steroid. Tak bagus untuk badan.

Mulai dari situ la PU tekad nak kuatkan imun badan dengan cara makan vitamin c. Kebetulan waktu tu isteri ade beli produk Shaklee ni untuk banyakkan susu.

Maklum la anak kembar. Dalam set menyusu tu ade Vitamin C Sustained Release. PU pun tumpang makan sekali.

Alhamdulillah lepas dah konsisten makan vitamin C + Vitalea + Herbal Blend untuk sapu dan jaga pemakanan, ekzema PU semakin ok dan tak teruk dah macam awal-awal kena dulu.




Berkesan jugak la produk Shaklee ni. Dari situ la PU mula berkenan dan orang kata jatuh hati la Dengan Shaklee ni dan tekad untuk konsisten guna. 

Shaklee ni supplemen dan bukan ubat tau. Bermakna supplemen ni lebih kepada untuk pencegahan penyakit la.

Lepas 5-6 bulan guna Shaklee ni, baru tahu boleh berbisnes dengan Shaklee rupanya. 

Memang waktu tu tengah tercari-cari benda apa yang boleh dibuat untuk tambah pendapatan. 

Bila tahu je, terus contact master Nur Zahirah selaku upline kepada isteri PU. Master Ira ni la yang guide PU cara berbisnes dengan Shaklee.

Bisnes dengan Shaklee ni memang kena kuat usaha. Kuat usaha in Shaa Allah akan membuahkan hasil yang kita impikan.

Alhamdulillah setakat join bisnes Shaklee ni, antara perubahan diri PU ialah banyak ilmu pasal bisnes PU tahu. Cuma belum diaplikasikan sepenuhnya.

Banyak PU belajar erti kegigihan dalam mengejar impian oleh mentor-mentor dalam Shaklee ni. 

Tiada yang mustahil sebenarnya dalam dunia ini bila kita kuat usaha dalam masa yang sama Allah mengizinkan kita untuk mencapai impian yang kita nak

Dengan Shaklee alhamdulillah kesihatan PU lebih baik dengan izin Allah. On progress untuk jadikan Shaklee ni sebagai sumber pendapatan yang kedua in Shaa Allah.

Korang doakan ye. Kalau korang nak stay sihat atau korang nak tambahkan pendapatan tapi tak tahu cara macamana boleh contact PU. 

PU cuba bantu sebaik yang boleh. Yang penting kemahuan dan kesungguhan korang tu tinggi. 

Shaklee adalah antara produk kesihatan yang terbaik untuk korang stay sihat dan platform terbaik untuk jana pendapatan.

Tak percaya? Silakan lihat mereka yang dah lama dan setia dengan Shaklee. Korang pasti akan teruja.

Kalau korang nak cuba shaklee, boleh tanya tanya PU la. Ada nombor di bawah. Terima kasih 😀

Salam ukhwah,
PU
+6013-479 5721

30 Rabiulawal 1440 - 08 Disember 2018
2:30 p.m
Setia Alam, Shah Alam, Malaysia

Thursday, July 7, 2011

Ingat 2 Perkara & Lupa 2 Perkara


2 Perkara yang perlu kita ingat :

1- Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya. Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah yang bermaksud "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" (Surah ad-Dhuha : 11)

2- Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita untuk meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

2 Perkara yang perlu kita lupa :

1- Jangan sekali-kali mengungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya. Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita lakukan kepada Allah. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalar keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri.

2- Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah. Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk memujuk manusia kembali kepadaNya.

Sumber : Majalah Solusi

p/s : Exam dah habis. Bulan Rejab pun dah berakhir. Hari ini dah 6 Sya'ban. Kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Apa persiapan sahabat-sahabat semua untuk menghadapinya??? Harap semua dapat dapat bersiap sedia untuk menghadapi bulan yang penuh barakah ini agar ianya menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini insyaALLAH...

6 Sya'ban 1432 - 7 Julai 2011
7.33 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Monday, June 13, 2011

3 Kategori Manusia


Firman Allah dalam surah al-Hashr ayat 18 yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Terdapat 3 kategori manusia :

1- Manusia yang berjaya
iaitu kehidupannya hari ini lebih baik dari semalam

2- Manusia yang terpedaya
iaitu kehidupannya hari ini sama sahaja dengan hari semalam

3- Manusia yang rugi
iaitu kehidupannya hari ini lebih teruk dari semalam

- Orang yang cemerlang akan melakukan pekerjaan yang mana orang malas tak suka buat.
- Tembak cita-cita anda di langit yang paling tinggi walaupun terkena awan yang paling rendah.

p/s : Masih lagi dalam mood mengcopy kalam mursyid imam muda. Kali ini saya petik pula kalam Ustaz Zulkefli Hamat (Mursyid Pengucapan Awam Imam Muda musim ke-2). Rasanya post macam ini dah pernah dipostkan dalam teratak ini, cuma ada sedikit kelainan je. Tajuk post yang dimaksudkan tu (Hidup Cuma). So, harap bermanfaat la buat semua. Kalam tembak cita-cita tu saya kurang faham apa maksud yang tersirat di sebalik itu. Tapi mungkin ada yang faham kalam tu, jadi layankan saja.

11 Rejab 1432 - 13 Jun 2011
4.51 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Thursday, June 9, 2011

'Ibroh, Zikr, Tafakkur


Kata-kata Hatim bin al-'Asom :

ومن العبرة يزيد العلم

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan hendaklah kita jadikan sebagai pengajaran dan tauladan buat kita kerana dengan pengajaran dan tauladan itu akan menambah ilmu dalam diri kita.

ومن الذكر يزيد الحب

Hendaklah banyak ingat-memperingati di antara satu sama lain kerana dengan saling ingat-memperingati itu akan menambahkan lagi kasih-sayang sesama kita.

ومن التفكر يزيد الخوف

Banyakkanlah berfikir dan bermuhasabah kerana dengan banyak berfikir dan bermuhasabah itu akan menambahkan takut kita kepada Allah s.w.t khususnya terhadap amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

p/s : Kalam ini telah dipetik dari Ustaz Izhar Ariff (Mursyid Feqah Semasa Imam Muda Musim ke-2 Episod ke-6). Rugi rasanya kalau lama tinggal teratak ini tanpa diupdate. So, semoga post kali ini bermanfaat buat semua pengunjung teratak ini walaupun hanya tulis balik je kalam Ustaz Izhar tu.

7 Rejab 1432 - 9 Jun 2011
6.53 p.m

Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Tuesday, May 31, 2011

Pendinding Buat Dirimu


Bismillahi walhamdulillah...

Sahabat semua tahu tak apa itu mathurat??? Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu. Ok, bagi yang tak tahu tu, mathurat ini adalah wirid ataupun doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah. Kemudian wirid dan doa ini disusun oleh imam Hasan al-Banna dalam satu himpunan wirid dan doa dan menamakan ia dengan mathurat. Mathurat ini pula terbahagi kepada dua iaitu mathurat sughro dan kubro. Antara kelebihan mathurat ini kalau diamalkan ialah tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini dengan izin dari Allah. Dan banyak lagi kelebihan dia. Boleh lawati blog melangkahterus.blogspot.com dan blog www.murabbi.net untuk mengetahui kelebihan-kelebihan yang lain. Tapi semuanya adalah

Kita digalakkan untuk sentiasa membasahi lidah kita dengan berzikir kepada Allah pagi dan petang juga siang dan malam. Hati yang sentiasa mengingati Allah akan menjadi tenang dan dijauhkan dari rasa resah dan gelisah. Salah satu cara untuk kita mengingat Allah adalah dengan mengamalkan mathurat ini. Kalaupun kita tak mampu untuk buat yang kubro cukuplah yang sughro. Masa yang diambil untuk menghabiskan mathurat ini lebih kurang dalam 5 hingga 10 minit bagi mathurat sughro. Kalau untuk kubro mungkin lama sikit dalam 15 minit. Yang ni saya agak je la ye sebab tak pernah buat yang kubro. Di mana boleh dapatkan mathurat ni ye??? Ini soalan dalam bahasa yang formal sikit la. Kalau soalan dalam bahasa pasar pula, kat mana nak dapatkan mathurat ni??? Mathurat ni boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang terpilih macam Popular, MPH dan boleh juga cari di kedai-kedai buku di sekitar kawasan anda. Kalau agak malas nak pergi beli anda boleh klik www.scribd.com untuk mathurat kubro dan Daily Ma'thurat untuk mathurat sughro.

Luangkanlah sedikit masa untuk membaca mathurat ini dan cubalah untuk istiqomah membacanya. Mulakan dulu dengan istiqomah kita membacanya di waktu pagi. Setelah kita mampu untuk istiqomah membacanya di waktu pagi maka barulah kita start untuk membacanya di waktu petang. Dan begitulah sebaliknya. Syukur alhamdulillah sekiranya kita mampu untuk istiqomah membacanya di waktu pagi dan petang. Semoga mathurat yang kita amalkan ini mampu menjadi benteng dan pendinding buat diri dan juga keluarga kita dari segala kejahatan baik dari manusia mahupun dari iblis laknatullah insyaALLAH.

p/s : Hari ini 31 Mei 2011. Imtihan or exam semakin menghampiri. Imtihan tahriri (peperiksaan bertulis) bagi kuliah al-Quran akan start pada 18 Jun ini dan akan berlangsung sehingga 4 Julai 2011. Imtihan syafawi pula start 4 Jun ni. Untuk fasa kedua ini saya hanya ada 2 paper iaitu Ulum al-Quran pada 20 Jun dan Qiraat pada hari terakhir imtihan iaitu pada 4 Julai. Mohon doanya dari pengunjung teratak ini agar saya dan sahabat-sahabat saya yang lain dipermudahkan dalam menempuh imtihan ini dan diberikan kejayaan. Rasanya mungkin post kali ini adalah yang terakhir dan insyaALLAH akan bersambung selepas imtihan. Tapi kalau ada post selepas dari post ini, alhamdulillah la ye.

28 Jamadil Akhir 1432 - 31 Mei 2011
6.06 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Sunday, May 29, 2011

Kan Best Andai Aku Jadi Dia


Anda mesti pernah terfikir, "bestnye hidup orang tu" sampai membuatkan anda teringin nak jadi dirinya dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?

Kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini kalau dibandingkan dengan orang lain membosankan. Hidup orang lain best-best belaka. Jarang kita nampak orang lain hidup dalam keadaan sedih dengan masalah-masalah yang tidak diingini seperti kita.

Lagi menambahkan kesedihan kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan duniawi - naik pangkat, beli kereta mewah, suami atau isteri yang baik, anak-anak membesar dengan baik, berjaya dalam pelajaran dan macam-macam nikmat lagi... dan diakhirnya nanti kita akan berbisik sendirian, "kalaulah aku jadi dia kan best'...

Secara logiknya, ada ke orang yang nak ceritakan masalah-masalahnya kepada orang lain? Hakikatnya, orang suka menunjuk-nunjuk kegembiraannya kepada orang lain.

Masalah-masalahnya hanya akan diceritakan kepada orang-orang tertentu yang rapat dengannya sahaja. Jadi, kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja. Mungkin hidupnya lagi bermasalah dari kita cuma dia tidak menunjukkan kepada kita. Siapa tahu?

Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu. Saya tidak nafikan, saya pun pernah terfikir seperti itu. Tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan membesarkan orang lain sampai membuatkan kita rasa diri kita hina, kurang keyakinan diri dan sebagainya?

Sebab itulah wujudnya sifat 'bersyukur'. Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sehingga membuatkan dirinya merasa sedih dan tertekan. Berkata Imam Ali, antara ciri-ciri orang bertaqwa ialah 'redho dengan sedikit' atau dalam kata lain, gembira dengan apa yang kita dapat.

Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu."

Selain itu, ada satu hadith Nabi Muhammad s.a.w riwayat at-Tabrani, Abu Naim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas yang bermaksud:

"Diserukan pada hari Kiamat supaya orang-orang 'al-hammadun' (orang-orang yang banyak memuji Tuhan atas nikmat-Nya) agar bangun berdiri. Maka bangunlah satu jemaah (kumpulan) lalu mendirikan bendera. Mereka itu terus masuk ke Syurga. Apabila ditanya, "Siapakah orang-orang al-Hammadun itu?" Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab: "Mereka yang bersyukur kepada Allah s.w.t semasa dalam keadaan suka dan duka."

Lihat, betapa sifat bersyukur ini dititik beratkan oleh Allah dan Rasul kita. Hakikatnya, mereka yang bersyukur ini sangat dekat dengan Allah. Allah meredhainya, dan dia akan gembira dengan pemberian Allah.

Selalulah bersangka baik dengan Allah kerana dengan selalu bersangka baik, kita akan selamat di dunia dan diakhirat. Allah maha pengatur dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah berfirman dalam Surah an-Nur, ayat 19:

"dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"

Sebelum menutup entry kali ini, marilah kita mengambil ibrah dari hadith Nabi ini:

"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya."

Sumber : i Luv Islam

26 Jamadil Akhir 1432- 29 Mei 2011
7.07 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Thursday, May 26, 2011

Sifat Yang Menghapuskan Amalan Baikmu


Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya??? Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ianya perkara yang sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.

Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu. Antaranya ialah apa yang saya telah disebutkan di awal tadi. Dan antara kesan yang dipetik dari al-Quran ialah


Sombong

Gara-gara dengki dengan nabi Adam menyebabkan iblis menjadi sombong sehingga menggagalkan dirinya untuk menuruti perintah Allah agar bersujud kepada nabi Adam sebagai penghormatan. Akibat dari kesombongannya itu maka saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapi selama berada di dalam syurga dan tika itu juga iblis menjadi makhluk yang dilaknati oleh Allah dan diusir dari syurga. Firman Allah yang bermaksud

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". (al-'Araf : 11-13)

Berbunuhan

Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (al-Maidah : 27-31)

Dendam

(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna". Ini antara kalimat yang diucapkan oleh salah seorang saudara nabi Yusuf dek kerana dengki kerana nabi Yusuf lebih disayangi dan dicintai oleh bapa mereka Nabi Yaakub dari diri mereka sendiri. Dari sifat dengki itu maka timbullah rasa dendam terhadap nabi Yusuf sehingga mereka berpakat untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap nabi Yusuf. Kisah ini tercatat dalam surah Yusuf. Firman Allah yang bermaksud

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna". Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu". (Yusuf : 9-10)

Ini antara perkara yang akan berlaku sekiranya kita terus membiarkan perasaan dengki itu menyubur dalam diri kita. Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku hasil dari sifat dengki. Oleh itu, jangan kita biarkan sifat dengki ini tumbuh segar dalam diri. Andainya perasaan itu terbit maka removelah ia secepatnya dengan cara kita redho dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap makhlukNya. Sekiranya terbit juga perasaan dengki itu bermakna kita tidak redho denga apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah kita layak untuk melakukan sedemikian rupa itu terhadap tuhan yang Maha Agung??? Ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar"


Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhlukNya. Oleh itu, redholah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redho dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaALLAH.

23 Jamadil Akhir 1432 - 26 Mei 2011
5.50 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...