Berlabuh sudah tirai 2010. Lembaran 2011 membuka tirainya. Pastinya banyak kenangan pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun 2010. Segala yang baik haruslah diteruskan dan yang buruk ditinggalkan. Entry kali ini cuma sekadar berkongsi wallpaper yang saya hasilkan seperti di atas sebagai entry first saya untuk tahun ini. Idea nak hasilkan wallpaper ini saya curi dari blog sahabat baru saya ezhan-artwork. Wallpaper yang saya hasilkan tidaklah sehebat sahabat saya Encik Ezhan. Maaf Encik Ezhan saya telah mencuri idea dan gambar kamu untuk dimasukkan ke dalam wallpaper saya tu. Masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam ilmu adobe ini. Harap dapat belajar banyak lagi mengenai adobe ini melalui blog Encik Ezhan tu ya. Terima kasih Encik Ezhan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat guru-guru adobe photoshop saya Ustaz Don Daniyal, Ustaz Zarimi, Ustaz Wafiy, Ustaz Khairul Aswad dan yang lain-lain. yang banyak membantu dalam berkongsi ilmu adobe ini Sebelum mengakhiri entry kali ini ingat nak muhasabah sikit terutama tuan empunya teratak ini dan para pemabaca sekalian sempena tahun baru masehi ini yang mana belum sempat untuk memperbaharui azam pada awal tahun baru hijrah hari tu masih lagi sempat untuk memperbaharuinya pada hari ini. Masih belum terlambat lagi ya. 1 Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 18 yang bermaksud
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
Sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Salah satunya nikmat yang dikurniakan kepada kita ialah nikmat bernafas atau dalam istilah lain nikmat hidup. Sehingga saat ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas dan menghirup udara yang segar dalam erti kata lain Allah masih memberi kesempatan kepada kita untuk memperbaiki diri agar menjadi hamba yang diredhoi olehNya. Adakah kita telah menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik yang mungkin dengan bertaubat dari segala kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan??? Pernahkah kita terfikir saat dan waktu ini Allah mengambil nyawa kita tanpa sempat untuk kita bertaubat kepadaNya??? Jam berganti hari. Bulan berganti tahun. Semakin hari umur kita bertambah sikit demi sedikit. Bermakna Kematian semakin menghampiri kita. Oleh itu jangan biarkan peluang bernafas ini dibiarkan tanpa kita manfaatkannya sebaik mungkin. Janganlah kita menyesal pada hari yang tiada guna lagi penyesalan biar air mata darah sekalipun yang mengalir membasahi wajah. Ayuh kita bersyukur di atas nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada kita dengan memperbanyakkan amal soleh dan meninggalkan maksiat. Sama-samalah kita renungkan sepotong hadis nabi agar kita sentiasa beringat dan mengambil pengajaran daripadanya. Sabda nabi yang bermaksud
"Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: masa mudamu sebelum datang waktu tuamu, masa sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, masa kayamu sebelum datang waktu fakirmu, masa senangmu sebelum datang waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu."

# Selamat Hari Lahir kepada kakak ipar saya Kak Intan yang menyambutnya pada hari ini 1.1.11. Umur ke berapa tak perlu sebut takut tuan empunya badan marah. Harap terus berada dalam rahmat dan pimpinan dari Allah Taala untuk menuju ke syurgaNya. Ameen.
26 Muharram 1432 - 1 Januari 2011
10.33 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir
One response to “Year 2011”
salam...
syukran azim...
umur? baghu 23...
:)
Leave a Reply