Thursday, July 7, 2011

Ingat 2 Perkara & Lupa 2 Perkara


2 Perkara yang perlu kita ingat :

1- Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya. Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah yang bermaksud "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)" (Surah ad-Dhuha : 11)

2- Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita untuk meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

2 Perkara yang perlu kita lupa :

1- Jangan sekali-kali mengungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya. Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita lakukan kepada Allah. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalar keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri.

2- Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah. Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk memujuk manusia kembali kepadaNya.

Sumber : Majalah Solusi

p/s : Exam dah habis. Bulan Rejab pun dah berakhir. Hari ini dah 6 Sya'ban. Kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Apa persiapan sahabat-sahabat semua untuk menghadapinya??? Harap semua dapat dapat bersiap sedia untuk menghadapi bulan yang penuh barakah ini agar ianya menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini insyaALLAH...

6 Sya'ban 1432 - 7 Julai 2011
7.33 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Monday, June 13, 2011

3 Kategori Manusia


Firman Allah dalam surah al-Hashr ayat 18 yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Terdapat 3 kategori manusia :

1- Manusia yang berjaya
iaitu kehidupannya hari ini lebih baik dari semalam

2- Manusia yang terpedaya
iaitu kehidupannya hari ini sama sahaja dengan hari semalam

3- Manusia yang rugi
iaitu kehidupannya hari ini lebih teruk dari semalam

- Orang yang cemerlang akan melakukan pekerjaan yang mana orang malas tak suka buat.
- Tembak cita-cita anda di langit yang paling tinggi walaupun terkena awan yang paling rendah.

p/s : Masih lagi dalam mood mengcopy kalam mursyid imam muda. Kali ini saya petik pula kalam Ustaz Zulkefli Hamat (Mursyid Pengucapan Awam Imam Muda musim ke-2). Rasanya post macam ini dah pernah dipostkan dalam teratak ini, cuma ada sedikit kelainan je. Tajuk post yang dimaksudkan tu (Hidup Cuma). So, harap bermanfaat la buat semua. Kalam tembak cita-cita tu saya kurang faham apa maksud yang tersirat di sebalik itu. Tapi mungkin ada yang faham kalam tu, jadi layankan saja.

11 Rejab 1432 - 13 Jun 2011
4.51 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Thursday, June 9, 2011

'Ibroh, Zikr, Tafakkur


Kata-kata Hatim bin al-'Asom :

ومن العبرة يزيد العلم

Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan hendaklah kita jadikan sebagai pengajaran dan tauladan buat kita kerana dengan pengajaran dan tauladan itu akan menambah ilmu dalam diri kita.

ومن الذكر يزيد الحب

Hendaklah banyak ingat-memperingati di antara satu sama lain kerana dengan saling ingat-memperingati itu akan menambahkan lagi kasih-sayang sesama kita.

ومن التفكر يزيد الخوف

Banyakkanlah berfikir dan bermuhasabah kerana dengan banyak berfikir dan bermuhasabah itu akan menambahkan takut kita kepada Allah s.w.t khususnya terhadap amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

p/s : Kalam ini telah dipetik dari Ustaz Izhar Ariff (Mursyid Feqah Semasa Imam Muda Musim ke-2 Episod ke-6). Rugi rasanya kalau lama tinggal teratak ini tanpa diupdate. So, semoga post kali ini bermanfaat buat semua pengunjung teratak ini walaupun hanya tulis balik je kalam Ustaz Izhar tu.

7 Rejab 1432 - 9 Jun 2011
6.53 p.m

Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Tuesday, May 31, 2011

Pendinding Buat Dirimu


Bismillahi walhamdulillah...

Sahabat semua tahu tak apa itu mathurat??? Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu. Ok, bagi yang tak tahu tu, mathurat ini adalah wirid ataupun doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah. Kemudian wirid dan doa ini disusun oleh imam Hasan al-Banna dalam satu himpunan wirid dan doa dan menamakan ia dengan mathurat. Mathurat ini pula terbahagi kepada dua iaitu mathurat sughro dan kubro. Antara kelebihan mathurat ini kalau diamalkan ialah tidak dihampiri syaitan, rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini dengan izin dari Allah. Dan banyak lagi kelebihan dia. Boleh lawati blog melangkahterus.blogspot.com dan blog www.murabbi.net untuk mengetahui kelebihan-kelebihan yang lain. Tapi semuanya adalah

Kita digalakkan untuk sentiasa membasahi lidah kita dengan berzikir kepada Allah pagi dan petang juga siang dan malam. Hati yang sentiasa mengingati Allah akan menjadi tenang dan dijauhkan dari rasa resah dan gelisah. Salah satu cara untuk kita mengingat Allah adalah dengan mengamalkan mathurat ini. Kalaupun kita tak mampu untuk buat yang kubro cukuplah yang sughro. Masa yang diambil untuk menghabiskan mathurat ini lebih kurang dalam 5 hingga 10 minit bagi mathurat sughro. Kalau untuk kubro mungkin lama sikit dalam 15 minit. Yang ni saya agak je la ye sebab tak pernah buat yang kubro. Di mana boleh dapatkan mathurat ni ye??? Ini soalan dalam bahasa yang formal sikit la. Kalau soalan dalam bahasa pasar pula, kat mana nak dapatkan mathurat ni??? Mathurat ni boleh dapatkan di kedai-kedai buku yang terpilih macam Popular, MPH dan boleh juga cari di kedai-kedai buku di sekitar kawasan anda. Kalau agak malas nak pergi beli anda boleh klik www.scribd.com untuk mathurat kubro dan Daily Ma'thurat untuk mathurat sughro.

Luangkanlah sedikit masa untuk membaca mathurat ini dan cubalah untuk istiqomah membacanya. Mulakan dulu dengan istiqomah kita membacanya di waktu pagi. Setelah kita mampu untuk istiqomah membacanya di waktu pagi maka barulah kita start untuk membacanya di waktu petang. Dan begitulah sebaliknya. Syukur alhamdulillah sekiranya kita mampu untuk istiqomah membacanya di waktu pagi dan petang. Semoga mathurat yang kita amalkan ini mampu menjadi benteng dan pendinding buat diri dan juga keluarga kita dari segala kejahatan baik dari manusia mahupun dari iblis laknatullah insyaALLAH.

p/s : Hari ini 31 Mei 2011. Imtihan or exam semakin menghampiri. Imtihan tahriri (peperiksaan bertulis) bagi kuliah al-Quran akan start pada 18 Jun ini dan akan berlangsung sehingga 4 Julai 2011. Imtihan syafawi pula start 4 Jun ni. Untuk fasa kedua ini saya hanya ada 2 paper iaitu Ulum al-Quran pada 20 Jun dan Qiraat pada hari terakhir imtihan iaitu pada 4 Julai. Mohon doanya dari pengunjung teratak ini agar saya dan sahabat-sahabat saya yang lain dipermudahkan dalam menempuh imtihan ini dan diberikan kejayaan. Rasanya mungkin post kali ini adalah yang terakhir dan insyaALLAH akan bersambung selepas imtihan. Tapi kalau ada post selepas dari post ini, alhamdulillah la ye.

28 Jamadil Akhir 1432 - 31 Mei 2011
6.06 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Sunday, May 29, 2011

Kan Best Andai Aku Jadi Dia


Anda mesti pernah terfikir, "bestnye hidup orang tu" sampai membuatkan anda teringin nak jadi dirinya dan hidup dalam kehidupan dia. Pernah kan?

Kadang-kadang kita merasakan hidup kita ini kalau dibandingkan dengan orang lain membosankan. Hidup orang lain best-best belaka. Jarang kita nampak orang lain hidup dalam keadaan sedih dengan masalah-masalah yang tidak diingini seperti kita.

Lagi menambahkan kesedihan kita kalau kita lihat orang itu asyik gembira dan selalu dikurniakan nikmat-nikmat kehidupan duniawi - naik pangkat, beli kereta mewah, suami atau isteri yang baik, anak-anak membesar dengan baik, berjaya dalam pelajaran dan macam-macam nikmat lagi... dan diakhirnya nanti kita akan berbisik sendirian, "kalaulah aku jadi dia kan best'...

Secara logiknya, ada ke orang yang nak ceritakan masalah-masalahnya kepada orang lain? Hakikatnya, orang suka menunjuk-nunjuk kegembiraannya kepada orang lain.

Masalah-masalahnya hanya akan diceritakan kepada orang-orang tertentu yang rapat dengannya sahaja. Jadi, kita tidak seharusnya menilai seseorang dengan luarannya sahaja. Mungkin hidupnya lagi bermasalah dari kita cuma dia tidak menunjukkan kepada kita. Siapa tahu?

Mesti ramai yang pernah terfikir macam tu. Saya tidak nafikan, saya pun pernah terfikir seperti itu. Tetapi pernahkah kita terfikir, kenapa kita perlu membandingkan hidup kita dengan orang lain? Kenapa perlu memperkecilkan diri sendiri dan membesarkan orang lain sampai membuatkan kita rasa diri kita hina, kurang keyakinan diri dan sebagainya?

Sebab itulah wujudnya sifat 'bersyukur'. Sesungguhnya orang yang sentiasa bersyukur itu pasti akan merasakan dirinya sentiasa cukup dan gembira. Dia tidak perlu untuk membandingkan dirinya dengan orang lain sehingga membuatkan dirinya merasa sedih dan tertekan. Berkata Imam Ali, antara ciri-ciri orang bertaqwa ialah 'redho dengan sedikit' atau dalam kata lain, gembira dengan apa yang kita dapat.

Allah s.w.t juga ada berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu."

Selain itu, ada satu hadith Nabi Muhammad s.a.w riwayat at-Tabrani, Abu Naim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas yang bermaksud:

"Diserukan pada hari Kiamat supaya orang-orang 'al-hammadun' (orang-orang yang banyak memuji Tuhan atas nikmat-Nya) agar bangun berdiri. Maka bangunlah satu jemaah (kumpulan) lalu mendirikan bendera. Mereka itu terus masuk ke Syurga. Apabila ditanya, "Siapakah orang-orang al-Hammadun itu?" Maka Nabi Muhammad s.a.w pun menjawab: "Mereka yang bersyukur kepada Allah s.w.t semasa dalam keadaan suka dan duka."

Lihat, betapa sifat bersyukur ini dititik beratkan oleh Allah dan Rasul kita. Hakikatnya, mereka yang bersyukur ini sangat dekat dengan Allah. Allah meredhainya, dan dia akan gembira dengan pemberian Allah.

Selalulah bersangka baik dengan Allah kerana dengan selalu bersangka baik, kita akan selamat di dunia dan diakhirat. Allah maha pengatur dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah berfirman dalam Surah an-Nur, ayat 19:

"dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)"

Sebelum menutup entry kali ini, marilah kita mengambil ibrah dari hadith Nabi ini:

"Apabila seseorang darimu memandang orang yang lebih darinya dari segi harta kekayaan dan rupa paras, maka hendaklah ia melihat pula kepada orang-orang yang lebih bawah darinya."

Sumber : i Luv Islam

26 Jamadil Akhir 1432- 29 Mei 2011
7.07 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Thursday, May 26, 2011

Sifat Yang Menghapuskan Amalan Baikmu


Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya??? Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ianya perkara yang sering terjadi di kalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Apa makna hasad dengki ini? Saya pinjam makna hasad dengki ini dari sebuah buku yang mana buku itu menyebut

Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusahasupaya nikmat itu hilang.

Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu. Antaranya ialah apa yang saya telah disebutkan di awal tadi. Dan antara kesan yang dipetik dari al-Quran ialah


Sombong

Gara-gara dengki dengan nabi Adam menyebabkan iblis menjadi sombong sehingga menggagalkan dirinya untuk menuruti perintah Allah agar bersujud kepada nabi Adam sebagai penghormatan. Akibat dari kesombongannya itu maka saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapi selama berada di dalam syurga dan tika itu juga iblis menjadi makhluk yang dilaknati oleh Allah dan diusir dari syurga. Firman Allah yang bermaksud

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". (al-'Araf : 11-13)

Berbunuhan

Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (al-Maidah : 27-31)

Dendam

(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna". Ini antara kalimat yang diucapkan oleh salah seorang saudara nabi Yusuf dek kerana dengki kerana nabi Yusuf lebih disayangi dan dicintai oleh bapa mereka Nabi Yaakub dari diri mereka sendiri. Dari sifat dengki itu maka timbullah rasa dendam terhadap nabi Yusuf sehingga mereka berpakat untuk melakukan perkara yang tidak baik terhadap nabi Yusuf. Kisah ini tercatat dalam surah Yusuf. Firman Allah yang bermaksud

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata." (Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna". Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu". (Yusuf : 9-10)

Ini antara perkara yang akan berlaku sekiranya kita terus membiarkan perasaan dengki itu menyubur dalam diri kita. Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku hasil dari sifat dengki. Oleh itu, jangan kita biarkan sifat dengki ini tumbuh segar dalam diri. Andainya perasaan itu terbit maka removelah ia secepatnya dengan cara kita redho dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap makhlukNya. Sekiranya terbit juga perasaan dengki itu bermakna kita tidak redho denga apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah kita layak untuk melakukan sedemikian rupa itu terhadap tuhan yang Maha Agung??? Ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar"


Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhlukNya. Oleh itu, redholah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redho dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaALLAH.

23 Jamadil Akhir 1432 - 26 Mei 2011
5.50 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Monday, May 23, 2011

Berilmu, Beramal, Berdakwah & Bersabar


Ketahuilah wahai saudara seislamku yang dirahmati Allah sekalian, wajib ke atas kita untuk mengetahui dan mempelajari 4 perkara :

1- Berilmu

Dengan ilmu itu kita mengenali Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w dan mengenali agama Islam yang mulia ini. Kerana tidak mungkin kita menyembah Allah s.w.t tanpa ilmu. Dan barangsiapa yang melakkukan yang demikian itu maka akan menjerumuskan dia ke lembah kesesatan dan ianya menyerupai perbuatan kaum Nasrani kerana kaum Nasrani itu menyeleweng dan menyimpang dari kebenaran.

2- Beramal

Barangsiapa yang berilmu tapi tidak beramal, maka dia itu menyerupai kaum Yahudi kerana kaum Yahudi itu berilmu dan mengetahui sesuatu ilmu tetapi mereka tidak mengamalkannya. Mereka mengetahui kebenaran tetapi mereka meninggalkannya. Firman Allah yang bermaksud

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

3- Berdakwah dengannya

Ulama' dan para pendakwah itu merupakan pewaris para Nabi. Allah s.w.t telah melaknat Bani Israel kerana "mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan". Setelah kita mempelajari ilmu dan beramal dengan ilmu itu maka perlulah kita berdakwah atau menyampaikan kepada orang lain sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Sabda Nabi yang bermaksud

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"

4- Bersabar di atas ujian

Kita hendaklah bersabar di atas ujian yang bakal menimpa kita ketika kita melakukan ketiga-tiga perkara di atas iaitu ketika mempelajari ilmu, beramal dengan ilmu dan ketika berdakwah menyampaikan ilmu. Firman Allah yang bermaksud

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)".


p/s : Petikan dari muqaddimah Kitab Tafsir al-'Usyri al'-Akhir min al-Quran min Kitab Zibdah Tafsir oleh Syeikh Doktor Muhammad bin Sulaiman al-Ashqor. Ok semoga bermanfaat...

20 Jamadil Akhir 1432 - 23 Mei 2011
9.40 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Friday, May 20, 2011

Pahala Yang Berterusan


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad s.a.w. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa, Allah akan memakbulkan doanya. Umat islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah pada hari tersebut dan disarankan agar dapat pergi lebih awal ke masjid untuk menunaikan solat jumaat dan pahalanya berbeza-beza mengikut masa seperti berikut :

- awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta
- waktu kedua seolah-olah berkorban seekor lembu
- waktu ketiga seolah-olah berkorban seekor kambing
- waktu keempat seolah-olah berkorban seekor ayam
- waktu terakhir seolah-olah berkorban sebiji telur

Bercakap pasal solat jumaat ini, ada sesuatu yang ingin distory kepada sahabat semua. Cerita ini terinspirasikan masa dapat balik free ke Malaysia bulan 2 baru-baru ini kerana Mesir darurat ketika itu. Ok straight to the story, selalu kalau di Malaysia saya akan ke masjid setengah jam sebelum azan zohor berkemundang. Ini kerana saya ke masjid bersama dengan ayah. Baguslah ayah ajar saya macam itu sebab kalau pergi awal pahala lagi besar macam yang disebutkan di atas. Bila dah ada di masjid, macam biasalah masing-masing berusaha untuk memanfaatkan waktu itu untuk menunaikan ibadah sunat. Sambil-sambil menunggu azan setelah selesai menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, saya membaca beberapa helaian dari al-Quran kecil yang sering dibawa setiap kali solat jumaat untuk memudahkan diri sendiri. Dalam khusyu' dengan tak khusyu' membaca tu, tiba-tiba lalu satu benda kecil depan saya. Waktu-waktu macam ni ataupun ketika khutbah disampaikan pasti benda ini akan lalu depan semua orang. Sudah menjadi kelaziman setiap masjid di Malaysia bila tiba masanya benda ini akan menjalankan tanggungjawab dia . Benda yang dimaksudkan itu adalah tabung derma masjid. Rasa rugi pula kalau biarkan tabung itu beralih tanpa diisi. So, saya pun masukkan sekeping dua duit kertas yang telah pun disediakan sebelum ke masjid.

Waktu tabung itu berada depan saya tiba-tiba saja teringat masjid di Mesir. Selama berada di Mesir lebih kurang 4 tahun, tak pernah pula saya lihat tradisi yang sebegini rupa (mengedar tabung derma) berlaku di Mesir atau mungkin ada masjid yang buat seperti itu cuma saya tidak pernah solat di masjid berkenaan. Susah untuk menemui tabung derma yang disediakan oleh masjid di Mesir dan kalau ada hanyalah masjid-masjid besar yang menyediakan tabung derma. Saya kurang pasti bagaimana masjid di Mesir ini mendapatkan dana untuk membiayai perbelanjaan bulanan. Mungkin ada orang-orang tertentu yang membiayai kos perbelanjaan tersebut. Kalau di Malaysia, sebahagian perbelanjaan masjid adalah dari kutipan tabung derma yang diedarkan pada setiap hari Jumaat. Kutipan untuk setiap minggu boleh dikatakan memberangsangkan tambah-tambah kalau masjid di bandar. Bagus juga Malaysia mengamalkan perkara macam ini. Sekurang-kurangnya menggalakkan orang-orang kita ini untuk menderma. Duit merah, hijau, biru, ungu ataupun duit syiling itu bukanlah nilaiannya. Apa yang menjadi nilaiannya ialah keikhlasan kita dalam bersedekah dan menderma. Kita akan mendapat pahala yang berterusan walaupun kita telah meninggal dunia hasil daripada kita bersedekah sepertimana sabda Nabi yang bermaksud

"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.

Tidak rugi kita bersedekah, tambah pula duit sedekah kita itu disalurkan ke jalan kebaikan. Besar ganjaran yang akan kita perolehi dari bersedekah sesuai dengan firman Allah

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Rasanya semua sudah maklum akan kelebihan bersedekah cuma tidak semua yang terbuka hati untuk bersedekah. Jadi pada hari yang mulia ini saya nak ajak semua yang sempat singgah di teratak ini agar ringan-ringankan tangan anda semua untuk menyeluk dompet dan saku anda untuk menderma dan bersedekah terutama ketika tabung derma masjid itu berada di hadapan anda. Bukanlah hari untuk bersedekah itu tertakluk pada hari jumaat sahaja bahkan setiap hari. Sekiranya anda menemui orang yang meminta sumbangan untuk perkara yang baik sama ada di jalanan, pasaraya, pasar malam dan sebagainya maka sumbanglah seikhlas hati anda. Dan antara ganjaran yang bakal diberikan oleh Allah kepada kita ialah ganjaran "Pahala Yang Berterusan" insyaALLAH.

17 Jamadil Akhir 1432 - 20 Mei 2011
12.01 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Malaysia

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku


SELAMAT HARI GURU
terutama sekali kepada ibu dan ayah kerana mereka berdua adalah merupakan guru yang pertama sekali mendidik diri ini menjadi insan yang berguna bak kata orang proses pendidikan itu bermula dari rumah lagi.

SELAMAT HARI GURU
buat guru-guru di Tadika Ad-Din, Sekolah Rendah Al-Hidayah, Maahad Al-Imam Al-'Alami, Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah, Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra dan yang terkini di Universiti Al-Azhar. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan terpaksa berpenat-lelah mendidik, membimbing dan mengajar diri ini

SELAMAT HARI GURU

juga dituju buat guru adobe photoshop saya Don Daniyal, Zarimi, Hasbullah, Wafiy, Khairul Aswad, Ezhan dan lain-lain. Tanpa kalian mungkin saya tidak mengenal dunia adobe photoshop ini.

SELAMAT HARI GURU
seterusnya adalah untuk mereka-mereka yang telah mengajar dan mendidik saya secara rasmi mahupun tidak rasmi dalam apa jua perkara. Dan tidak lupa juga ucapan ini dituju kepada mereka-mereka yang rasa-rasa pernah mendidik, mengajar dan membimbing diri ini. Dan sebelum terlupa juga ucapan ini untuk seluruh insan yang sudah, sedang dan yang bakal bergelar guru.

Jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang telah saya sebutkan di atas kerana telah membantu saya mengetahui dan mengenali pelbagai ilmu Allah ini. Jasa kalian sungguh bernilai dan berharga dan pastinya akan dikenang sehingga akhir hayat. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Untuk akhirnya saya tinggalkan anda semua dengan satu hadis Nabi dan satu lirik lagu. Jom hayati bersama !!!

"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." (Riwayat Al-Bazzar)
"


Lirik Lilin Seorang Guru by In-Team

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

p/s : Asalnya memang nak post artikel ni awal, tapi ada masalah sikit pag tadi. So, walaupun rasa macam dah lambat tapi tak kiralah nak post juga artikel ni... Sorry ya buat guru2ku kerana lambat ucap...

13 Jamadil Akhir 1432 - 16 Mei 2011
1.32 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Sunday, May 15, 2011

Memperingati Nakbah 15 Mei 1948


Setelah lebih 6 dekad, malapetaka yang melanda saudara kita di bumi Palestin yang menyebabkan Palestin dan Baitul Muqaddis yang terus diceroboh dengan biadab oleh Yahudi Zionis. Sehingga kini, hal ini menjadikan titik hitam pada wajah umat Islam keseluruhannya.

Tepat 15 Mei 1948, tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang mencecah juta orang. Kini sudah lebih 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.


Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Israel yang berlindung disebalik kuasa Amerika Syarikat.

Kini Israel maseh meneruskan polisi pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin . Sejak pencerobohan ke atas Tebing Barat dan Jurusalem Timur pada tahun 1967 , Israel telah membangunkan kependudukan Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB. Lebih 6 juta orang Yahudi menceroboh bumi Palestin, sementara 5 juta rakyat Palestin menjadi pelarian. Semenjak hari itu dan sehingga kini, kita terus berpeluk tubuh.

Setelah lebih 60 tahun, saudara kita di Palestin hidup di medan peperangan, berada di tengah–tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati sesiapa. Rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembok sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi. Rakyat Palestin terus dicekik oleh regim Israel yang didalangi Amerika Syarikat setelah mereka menutup terminal Rafah pada 9 hb Jun 2007 iaitu pintu masuk di sempadan antara Israel dan Mesir.

Pada hari ini, Ribuan rakyat Mesir sedang membuat persiapan untuk menyeberang masuk ke Gaza pada 15 Mei nanti bagi memperingati ulang tahun Nakba. Mereka akan melintasi sempadan di Rafah sebagai solidariti dan usaha berterusan menghentikan sekatan dan embargo yang dikenakan oleh rejim zalim Israel ke atas rakyat Gaza. Dahulunya, Hosni Mubarak menjadi pihak yang bertanggungjawab memastikan sekatan Israel ke atas Gaza dapat dilaksanakan, memisahkan lebih 1.5 juta rakyat Gaza dari dunia luar dengan menutup pintu masuk di Rafah — satu-satunya jalan masuk ke Gaza di luar daerah yang dikawal Israel.



Intifadah Palestin Ketiga bakal dilahirkan yang juga boleh digelar sebagai Gerakan Dunia Arab.” Gerakan tersebut juga menyeru semua bangsa Arab untuk maju ke sempadan-sempadan Palestin di Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan bagi menuntut hak rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka.

Ayuh! Kita bersama!

Sumber Artikel : Blog | Pena Daie
Sumber Gambar : 3rdintifada

12 Jamadil Akhir 1432 - 15 Mei 2011
6.31 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Saturday, May 14, 2011

Permata Keluarga


Anak adalah anugerah daripada Allah untuk pasangan yang bergelar suami isteri. Setiap mereka yang telah diijabkabulkan pastinya menginginkan agar bahtera yang mereka bina ini diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata di sisi. Anak merupakan amanah Allah untuk suami isteri agar mereka dapat mengasuh dan mendidik anak itu menjadi Insan yang Rabbani pada masa akan datang. Kita kaum Adam disarankan oleh Nabi untuk memilih bakal isteri berdasarkan agamanya sepertimana dalam sabda Baginda yang bermaksud

"Wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

Kenapa kita disuruh oleh nabi untuk memilih wanita berdasarkan agamanya??? Antara salah satu sebabnya adalah kerana proses mendidik anak itu bermula sejak bayi itu dalam kandungan lagi. Sekiranya kita memilih mereka yang lebih agamanya maka mereka akan tahu bagaimana cara mendidik anak sesuai dengan tuntutan agama islam itu sendiri. Allah telah menetapkan bahawa laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik pula dan begitulah sebaliknya sepertimana dalam firmanNya yang bermaksud

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (an-Nur : 26)

Sekiranya kita (kaum Adam) ingin mendapat wanita yang baik maka seharusnyalah kita memastikan bahawa diri kita itu menjadi insan yang soleh luaran dan dalaman agar nanti kita dikurniakan pula insan yang solehah juga. Apabila kedua mereka ini telah menjadi insan yang baik maka insyaAllah mereka mampu untuk mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah dan Rasul juga kepada ibubapa mereka.

Anak-anak ibarat kain putih yang mana para ibu bapalah yang harus mencorakkan mereka itu sesuai dengan tuntutan islam. Anak hari ini adalah lambang suasana masa hadapan. Jika kelakuan mereka tika ini baik dan bagus maka suasana yang bakal kita hadapi pada masa akan datang pun insyaALLAH akan baik dan bagus dan begitu jugalah sebaliknya. Maka dengan itu didiklah anak-anak sejak mereka masih kecil kerana waktu ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk mencorakkan mereka bak kata pepatah melayu "Melentur Buluh Biarlah Daripada Rebungnya"

Oleh itu ibu bapa seharusnya memikul amanah yang diberikan oleh Allah ini dengan sebaiknya dalam mendidik dan mengasuh anak mereka. Didiklah anak-anak sesuai dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Tunjukkan sikap dan kelakuan yang baik terhadap anak-anak anda. Mereka adalah permata yang perlu dijaga sebaiknya. Melahirkan anak yang soleh adalah merupakan bekalan yang berharga buat para ibu bapa bila berakhirnya kehidupan mereka di dunia yang fana' ini, kerana anak-anak yang soleh itu nantilah yang akan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan untuk kedua ibu bapa mereka agar ditempat bersama orang-orang yang soleh di akhirat kelak InsyaALLAH. Sabda nabi yang bermaksud

"Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.


Akhirnya hayatilah lirik dibawah ini moga ianya berguna untuk para ibu dan bapa di luar sana. Wallahu'alam..

Permata Keluarga by UNIC

Anak-anak adalah permata ayah bonda
Penghibur duka lara, menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua

Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya
Asuhlah mereka ajarkan mereka akhlak yang mulia
Anak-anak cahaya mata
Anak soleh impian semua
Andainya kita meninggalkan dia
Akan mengalir doa darinya

Didiklah anak-anak kita
Menjadi anak yang soleh
Pabila kita tiada
Jadi penerang alam baqa

Anak soleh permata keluarga
Harta kita paling berharga
Setiap doanya pada kita
Jariah kita di sana

11 Jamadil Akhir 1432 - 14 Mei 2011
11.46 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Wednesday, May 11, 2011

12 Kata "Jangan Menunggu " Yang Perlu Dihindari


Hari ini insyaALLAH nak kongsi sikit satu artikel yang telah dicopy (copy lagi) dari satu blog. Saya telah pun meminta izin dari tuan punya artikel ini untuk mengcopy tulisan dia ini. InsyaALLAH ada manfaat yang boleh diambil dari apa yang cuba disampaikan melalui tulisan tuan artikel ini. So, hope anda semua enjoy dengan apa yang disampaikan dan cubalah untuk mempaktikkannya dalam kehidupan seharian anda !!!

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru nak bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar duit yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikutinya, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu dah berjaya baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

12. Jangan menunggu diberi peluang baru melakukan, tapi lakukanlah, maka pasti banyak peluang yang akan datang menjelma.


Do it now.....You can !!!

InsyaAllah.. segalanya dengan izinNya..

Wallahu'alam...

8 Jamadil Akhir 1432 - 11 Mei 2011
5.15 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Monday, May 9, 2011

Tips-Tips Kuat Ingatan


Kebanyakkan mahasiswa di universiti tempatan (Malaysia) telah pun selesai menduduki final exam untuk tahun ini dan ada juga yang masih dalam proses untuk menghabiskan exam mereka. Bagi mahasiswa di mesir, di Shoubra mahasiswa tahun satu dan dua tika ini sedang dalam proses exam. Bagi mahasiswa medic pula, exam bakal menemui mereka pada pertengahan bulan Mei ini. Dan untuk mahasiswa pengajian islam, exam dijangka pada pertengahan Jun nanti insyaALLAH.

Beberapa minggu lepas saya telah diminta oleh sahabat saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan kuat ingatan ataupun boleh diberi tajuk "Tips-tips kuat ingatan. Maklumlah exam yang semakin menghampiri. Pastinya boleh dikatakan bonuslah bagi mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga mampu untuk menghafal dan memahami sesuatu ilmu dengan mudah. Bila kita sudah memahami dan menghafal sesuatu ilmu itu maka insyaALLAH mudah untuk kita menjawab segala soalan yang diajukan dalam exam kelak dengan izin ALLAH. Jadi saya diminta untuk berkongsi tips-tips kuat ingatan melalui penulisan artikel yang diminta untuk dimuatkan dalam salah satu risalah di sini. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerima permintaan itu. Tapi setelah dipujuk akhirnya saya menerima tugasan itu memandangkan ianya ada kebaikan untuk semua. Jadi antara tips-tips yang saya kemukakan dalam artikel itu ialah:-

1. Menjauhi Dosa

Secara umumnya kita mengetahui bahawa kesan dosa pada si pelakunya adalah amat buruk. Antara kesannya adalah melemahkan hati dan akal fikiran serta menumpulkan daya ingatan. Para sahabat dan ulama-ulama terdahulu amat menitikberatkan soal dosa dalam kehidupan seharian mereka. Segala perkara yang boleh menjerumuskan diri mereka ke lembah kemaksiatan dan dosa pastinya akan mereka jauhi. Oleh kerana kesungguhan mereka menjaga diri daripada maksiat dan dosa maka diri mereka bersih secara luaran dan dalaman. Apabila diri sudah bersih, maka ilmu mudah untuk dihadam oleh akal fikiran kita dan jangan terkejut sekiranya para ulama’ ini mampu menghafal beribu-ribu hadis serta 30 juz al-Quran seterusnya menguasai pelbagai cabang ilmu dek kerana memilik hati dan akal yang bersih. Ilmu merupakan cahaya manakala dosa pula ialah kegelapan. Kedua-dua perkara ini tidak dapat disatukan pada masa yang sama. Seperti mana Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya tentang masalah ingatannya

“Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa.”

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie bahawa Yahya Ibn Yahya berkata:

"Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya? Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Jika kita perhatikan pada kanak-kanak, mereka ini cepat mengusai sesuatu perkara. Ini kerana otak dan hati mereka masih suci dan bersih daripada dosa dan maksiat. Oleh sebab itu mereka ini kuat daya ingatan dan mampu untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu dengan cepat dan pantas.


2. Menjaga Pemakanan

Makanan yang halal lagi seimbang akan membantu pembentukan peribadi yang cemerlang dan setiap daripada apa yang kita makan mampu untuk mempengaruhi otak seseorang itu kerana apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Firman Allah yangbermaksud

“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya” (‘Abasa: 24).

FirmanNya lagi

“Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (an-Nahl : 114)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.”

Makanan yang diragui kehalalannya dan makanan yang syubhah hendaklah dielakkan. Ini kerana ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk pada badan dan terhijab daripada makbulnya doa. Elakkan juga daripada makan secara berlebihan dan makanan yang boleh melemahkan otak seperti kepala ikan dan makanan yang masam.

3. Diulang Secara Acap Kali

Otak perlu diasah untuk menguatkan daya ingatan seperti pisau yang tumpul perlu diasah untuk menajamkan kembali mata pisau itu. Sedangkan pisau buatan manusia itu pun mampu untuk ditajamkan kembali apabila diasah, inikan pula otak ciptaan Allah yang Maha Agung. Bagaimana cara untuk mengasah otak? Cara untuk mengasah otak adalah dengan mengulang-ulang kembali setiap perkara yang ingin diingati. Dengan cara ini kita mampu untuk mengingati setiap perkara dan mampu meningkatkan daya ingatan kita. Surah al-Fatiah antara contoh yang boleh diambil. Cuba tanyakan kepada semua, siapa yang tidak ingat akan surah al-Fatihah? Saya yakin ramai dan semua mampu untuk mengingati surah tersebut kerana seringkali diulang-ulang paling kurang lima kali dalam sehari sehingga ianya betul-betul lekat dalam ingatan.


4. Menjaga Waktu Tidur

Tidur merupakan suatu perkara yang penting bagi setiap individu kerana dengan tidur yang cukup mampu untuk mencergaskan kembali tubuh badan dan otak yang letih setelah seharian membanting tulang melakukan kerja-kerja harian. Islam juga menggalakkan umatnya untuk menunaikan hak tubuh badan masing-masing dengan memperuntukkan masa tidur yang secukupnya.

Firman Allah yang bermaksud

“Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?” (an-Naba’ : 10)

Tidur selepas waktu asar dan tidur yang berlebihan boleh menyebabkan otak menjadi lembab. Oleh kerana itu elakkan dari mengamalkan tidur dalam dua keadaan ini.

5. Mohon Kepada Allah

Andainya semua tips di atas tidak mendatangkan hasil maka seharusnyalah bagi kita untuk memohon kepada Allah supaya dikurniakan ingatan yang kuat agar mampu untuk menghafal dan menerima setiap ilmu dengan baik kerana dengan ilmu itulah yang kelak akan memimpin diri seseorang menuju ke jalan yang diredhai Allah. Dia pasti akan memakbulkan permohonan
hambaNya sesuai dengan firmanNya yang bermaksud:-

“Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”. (Ghofir : 60)

Sifat lupa itu adalah normal. Perkataan insan itu sendiri membawa maksud lupa. Jadi tidak perlulah kita bergundah-gulana atau bermuram durja sekiranya kita ini adalah seorang yang pelupa. Cuma kita boleh dan mampu untuk mengatasi sifat lupa itu sekaligus meningkatkan daya ingatan kita dengan mempraktikkan tips-tips yang telah disebutkan di atas. Pelbagai lagi tips yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan daya ingatan selain daripada yang telah disebutkan. Segalanya terletak pada diri kita sendiri sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Bak kata pepatah, “ Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Tips-tips ini bukanlah hanya boleh diguna pakai oleh mahasiswa tapi sebaliknya untuk semua lapisan masyarakat boleh mempraktikkan apa yang telah disenaraikan di atas InsyaALLAH. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk kita semua.

p/s : Semoga tips ini membantu untuk diri ini terutamanya dan kalian semua insyaALLAH. Kejayaan pasti dalam genggaman sekiranya ada usaha, doa dan tawakkal kepada Allah yang dipraktikkan insyaALLAH !!!

6 Jamadil Akhir 1432 - 9 Mei 2011
5.50 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Suasana pagi yang cukup nyaman tika ini saya manfaatkan untuk memposting satu artikel yang berkaitan dengan ibu bersempena dengan hari ibu ini. Artikel ini hanyalah dicopy dan mungkin hanyalah rekaan tapi insyaALLAH ada manfaat dan iktibar yang kita boleh ambil dari kisah ini. Jom sama-sama kita hayati

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?

"Malaikatmu akan melindungimu walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU"

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar, sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kakimu.

Demikianlah kisahnya. Susah-payah seorang ibu sudah dirasai sejak mengandungkan kita Ditambah pula dengan kesakitan tika melahirkan. Kemudian penat lelah menyusu dan menjaga kita dengan sebaiknya setelah kita dilahirkan. Begitu besar pengorbanan seorang ibu untuk anaknya tidak ternilai dengan harta dan wang ringgit. Oleh itu, janganlah kita mempersiakan ibu kita. Berbakti dan sayangilah dia sepertimana dia menjaga kita waktu kita kecil dahulu sesuai dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Firman Allah yang bermaksud
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman : 14)



p/s : Selamat Hari Ibu saya ucapkan kepada ibu ataupun panggilan manja mama. Pengorbananmu untuk diri ini terlalu besar dan tidak mampu untuk dibalas. Diri ini hanya mampu berdoa agar dikau sentiasa diberi rahmat dan dipelihara oleh Allah sepertimana engkau telah memlihara daku sejak dari kecil. Dan semoga dikau ditempatkan bersama orang-orang yang diberi kenikmatan syurga oleh Allah. Amin... Thanks Mom !!!...

5 Jamadil Akhir 1432 - 8 Mei 2011
6.23 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Friday, May 6, 2011

Cakap Serupa Bikin


Lama rasanya teratak ini tidak bertukar entry yang bertajuk "Thanks You All". InsyaALLAH hari ini nak update supaya tajuk entry "Thanks You All" tu bertukar jadi tajuk " Cakap Serupa Bikin" . Entry kali ini agak pendek tapi insyaALLAH amat bermakna bagi semua dan perlu ambil perhatian akan perkara ini sebab ramai yang buat benda ini. Firman Allah yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-Saff : 2-3)

Ramai orang yang mampu untuk berkata, nasihat dan menyuruh orang melakukan sesuatu perkara. Namun dalam ramai-ramai itu tidak semua yang mampu untuk menzahirkan apa yang telah disuruh, dinasihat dan dikatakan melalui perbuatan. Adakah pendapat saya ini tepat atau pun tidak??? Jawapannya ada dalam diri anda. Lidah yang sememangnya tidak bertulang membuatkan orang mudah untuk berkata-kata. Tangan, kaki dan badan yang bertulang ini dijadikan alasan kenapa kita tidak melaksanakan apa yang kita katakan, kerana ia memerlukan tenaga untuk menggerakkannya. Itu hanyalah alasan yang direka dek kerana diri yang malas untuk melakukannya. Bak kata pepatah melayu "Nak seribu daya, tak nak seribu dalih". Harus kita ingat bahawa Allah sangat membenci mereka yang mengatakan sesuatu tetapi tidak melaksanakannya seperti yang telah diungkap dalam ayat di atas. Bila Allah membenci kita maka kita akan dijauhkan dari rahmatNya. Seperti yang kita tahu kita akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah. Tapi kalau kita jauh dari rahmat Allah agak-agak ada harapan tak nak masuk syurga???

Bila baca balik artikel-artikel saya yang lepas, rasa takut juga kalau digolongkan di kalangan mereka yang tidak mengotakan apa yang dikatakan. Banyak yang saya tulis dan nasihatkan dalam artikel-artikel yang lepas tapi tak banyak yang saya kotakan dalam bentuk perbuatan. So, hari ini nak ingatkan terutama diri ini dan sahabat yang lain agar dapat melaksanakan setiap apa yang kita kata dan nasihatkan supaya kita terkeluar dari golongan mereka yang dibenci oleh Allah. Supaya nanti tak ada orang cop kita ini "Cakap tak serupa bikin". Rasulullah tidak akan berkata dan menyuruh sesuatu perkara melainkan dia terlebih dahulu melaksanakan perkara tersebut. Setelah itu barulah Baginda akan menyuruh para sahabatnya melakukan sesuatu perkara itu. Maka dengan itu, jom kita contohi sifat Rasulullah ini. Biarlah kita jadi orang yang "Cakap serupa bikin". Jangan kita contohi sifat yahudi dan munafiq yang selalu tidak mengotakan apa yang dikatakan seperti mana dalam firman Allah yang bermaksud

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (al-Baqarah : 44)

Dan sabda Nabi yang bermaksud

Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga :-
- Apabila ia berjanji ia menyalahi janjinya
- Apabila ia berkata ia berdusta
- Apabila ia dipercayai ia khianati

3 Jamadil Akhir 1432 - 6 Mei 2011
5.20 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Thursday, April 21, 2011

Thanks You All !!!


Alhamdulillah semalam sempat untuk mengikuti majlis khatam pembacaan Kitab asy-Syama'il al-Muhammadiyyah di masjid Azhar Kaherah yang dihadiri oleh syeikh-syeikh muktabar al-Azhar antaranya mufti Mesir Syeikh Ali Jumuah, Syeikh Ibrahim al-Kittani, Syeikh Usamah, Syeikh Jamal Farouk dan lain-lain lagi. Para tetamu yang mengikuti majlis itu terdiri di kalangan mahasiswa al-Azhar dan penduduk tempatan. Memandangkan rumah saya yang jauh dari Kaherah, menjadikan kedatangan saya untuk mengikuti pembacaan kitab itu dari awal terbatas. Namun saya bersyukur kerana dapat mengikuti majlis khatam pembacaan kitab tersebut, mudah-mudahan saya dan hadirin yang hadir mendapat keberkatan dari majlis yang mulia seumpama itu.

Dalam majlis itu, Syeikh Usamah selaku pengerusi majlis memberitahu kepada hadirin semua kenapa hari ini dipilih untuk mengkhatamkan kitab asy-Syama'il al-Muhammadiyyah (kitab berkaitan peribadi Rasulullah) ini. Hari ini dipilih adalah kerana bertepatan dengan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. iaitu 20 April mengikut kalendar Masehi. Ya Allah, rupanya betul la sebelum ini saya pernah dengar yang Nabi lahir pada 20 April. Kebetulan 20 April tu sama dengan tarikh lahir saya. Malu rasanya bila bandingkan diri ini dengan Rasulullah, memang terlalu jauh dan tiada bandingannya. Diri yang sentiasa lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang fana' ini. Semoga dengan persamaan tarikh ini menjadi titik tolak untuk saya memperbaiki diri mencontohi peribadi Rasulullah yang mulia sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Qolam ayat 4 yang bermaksud

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Di kesempatan ini Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat & family yang wish untuk birthday saya semalam kerana mengingati diri ini sama ada melalui facebook, h/p, ym ataupun secara face 2 face. Semoga apa yang kalian ucap dan doakan dimakbulkan oleh Allah. Terima kasih juga buat ahli bait saya kerana bersusah payah mengeluarkan duit kalian untuk membeli kek & pizza semata-mata nak celebrate my birthday. Saya amat menghargai jasa kalian. Semoga Allah membalas jasa kalian semua yang terlibat dalam usaha untuk menggembirakan hati pemilik teratak ini di hari kelahirannya. Sekian....

17 Jamadil Awwal 1432 - 21 April 2011
9.36 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Wednesday, April 20, 2011

Happy Sweet 22nd Birthday


Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana hingga saat (20 April = 22 tahun) ini Dia masih memberi kesempatan untuk hambaNya ini bernafas dan mengecapi pelbagai nikmat terutama nikmat iman dan islam. Begitu banyak nikmat yang dikurniakan, namun tidak pernah sekali pun Dia minta kita untuk membayarnya kembali. Apa yang dipinta adalah mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Pun begitu, tidak semua dari kita ini yang mampu untuk menunaikan kedua-dua perkara ini dengan baik. HambaMu ini sering saja lalai dan leka dengan kenikmatan dunia yang fana' ini. Oleh itu, hambaMu ini memohon

Ya Allah, Engkau bimbinglah diri ini agar sentiasa berada di jalanMu yang lurus ini,

Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanKu agar dapat menempuh kehidupan dunia yang penuh
dengan onak dan duri ini,

Ya Allah, Janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi hidayahMu kepadaku,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak dapat ku mengutip hasilnya.

Ya Allah, tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku. Jadikanlah cahayaMu yang bersinar menyinari jalanku,

Ya Allah, Engkau akhirkanlah hidupku ini dalam husnu al-khatimah dan jangan Engkau akhirkan diriku ini dalam suu' al-khatimah,

Ya Allah, Engkau thabatkanlah diri ini dalam perjuangan islam untuk menegakkan kalimahMu di muka bumi ini.

Amin ya Rabb al-'Alamin....

p/s : Syukran kepada mereka-mereka yang telah wish happy birthday melalui facebook saya terutama Ustaz Rashidi bekas ahli seusrah saya suatu ketika dulu sebab menjadi orang pertama yang wish kat saya untuk tahun 2011 ni. Dan syukran juga buat mereka-mereka yang bakal buat ucapan birthday untuk saya. Dulu2 wish melalui h/p tapi sejak2 semua dah ada facebook ni , semua pakat wish kat facebook. Apapun thanks ya semua yang mengingati diri ini.

16 Jamadil Awwal 1432 - 20 April 2011
12.15 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Monday, April 18, 2011

Nabi Adam vs Iblis


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina". Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)". Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; "Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim". Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)". Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua". Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Rasanya semua sudah maklum dengan kisah nabi Adam dan iblis seperti yang terpapar di atas. Kisah ini dipetik dari firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 11-23 Kisah Nabi Adam Dimuliakan Allah, Iblis menjadi makhluk pertama yang dilaknat oleh Allah dan juga kesalahan yang dilakukan oleh iblis dan Nabi Adam kepada Allah. Apa yang nak dikongsi untuk post kali ini adalah tentang 5 sifat Nabi Adam dan Iblis setelah melakukan kesalahan kepada Allah yang dipetik dari tafsir al-Qosami.

Nabi Adam berbahagia dengan lima perkara iaitu :

- Mengakui Kesalahan
- Menyesal akan kesalahan itu
- Menemplak dirinya sendiri
- Segera bertaubat
- Tidak berputus asa dari rahmat Allah

Sebaliknya iblis telah ditimpa celaka disebabkan lima perkara :

- Tidak mengaku salah
- Tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan
- Tidak menemplak dirinya sendiri
- Enggan dan tidak mahu bertaubat
- Putus asa dari rahmat Allah

Setiap kali sebelum selesainya khutbah pertama, maka khatib-khatib di sini pastinya akan mengingatkan kepada para jemaah bahawa setiap anak Adam itu tidak lari dari melakukan kesalahan, dan sebaik-baik dari kesalahan itu adalah bertaubat daripadanya. Sahabat, dunia pada hari ini tidak menjanjikan keamanan buat kita. Keluar je rumah ternampak maksiat. Buka je televisyen dan komputer (internet) ternampak maksiat lagi. Di mana-mana pun maksiat sudah berleluasa. Oleh itu kita perlu sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah dari kesalahan yang tidak disengajakan dan lebih-lebih lagi kesalahan yang disengajakan. Contohilah sifat Nabi Adam dengan terus bertaubat kepada Allah setelah melakukan kesalahan. Jangan kita tangguh-tangguh untuk bertaubat kerana ajal itu datang tanpa diduga. Jangan kita jadi seperti iblis yang tidak mahu bertaubat dari kesalahan yang dilakukan. Gunakanlah kesempatan yang masih diberikan untuk bertaubat sebelum matahari terbit di barat dan sebelum nyawa sampai di kerongkong. Sekian...

14 Jamadil Awwal 1432 - 18 April 2011
7.55 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Wednesday, April 13, 2011

Ada Apa Dengan Nama ?


Ahli Nujum Negara Masai : Di manakah terletak kekuatan Datuk Laksmana Hang Tuah? Di kerisnyakah? Di tenaganyakah?

Nujum Pak Belalang : Kekuatan Datuk Laksmana Hang Tuah bukanlah terletak di kerisnya ataupun di tenaganya.

Ahli Nujum Negara Masai : Di manakah terletaknya?

Nujum Pak Belalang : Kekuatan Datuk Laksmana Hang Tuah adalah terletak di atas huruf Ta'nya (huruf T).

Ahli Nujum Negara Masai : Huruf Ta'?

Nujum Pak Belalang : Benar...

Ahli Nujum Negara Masai : Buktikan!!!

Nujum Pak Belalang : Oleh sebab huruf Ta'lah (huruf T) yang menguatkan ejaan Tuah. Ta' Waw Alif Ha' (TUAH). Cuba huruf Ta' (huruf T) digantikan dengan huruf Ba' (huruf B).

Ahli Nujum Negara Masai : Buah...

Nujum Pak Belalang : Datuk kenal pada Hang Buah?

Ahli Nujum Negara Masai : Tak kenal...

Sila baca ikut gaya penyampaian dari kedua-dua watak ini untuk menghayatinya. Boleh tengok balik cerita Nujum Pak Belalang untuk tahu gaya penyampaian mereka.

Sedikit petikan yang diambil dari cerita P Ramlee yang bertajuk Nujum Pak Belalang sebagai muqaddimah untuk post kali ini. Saya tak pasti sama ada sedutan cerita seperti di atas yang dibawakan oleh P Ramlee fakta ataupun sekadar gurauan tapi rasanya hanyalah gurauan semata. Adakah kita kenal dengan Hang Buah??? Pastinya semua tidak mengenali Hang Buah. Tapi yang kita kenal melalui sejarah adalah Hang Tuah bukannya Hang Buah. Inilah yang nak dikaitkan dalam post kali ini berkaitan dengan nama. Nama adalah sangat penting bagi setiap individu. Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Kalau kita perhatikan, dalam sesi ta'aruf (perkenalan) perkara pertama yang akan kita tanya atau yang akan diberitahu oleh orang yang memperkenalkan diri itu adalah nama. Bermakna, kita mula mengenali seseorang itu melalui nama mereka. Ini menunjukkan kepentingan nama bagi setiap individu.

Pasangan suami isteri yang bila mana mengetahui bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, maka perkara pertama yang akan difikirkan adalah nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal lahir itu, sama ada lelaki mahupun perempuan. Perkara ini sesuai dengan saranan Junjungan Besar Nabi kita Muhammad agar menamakan anak yang telah dilahirkan. Sabda nabi yang bermaksud

Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, ia hendaklah disembelih pada hari ketujuhnya dan pada hari itulah ia diberikan nama dan dicukur kepalanya.

Begitu juga bagi mereka yang ingin menubuhkan sesebuah syarikat, restoran, sekolah dan sebagainya maka pastilah nama untuk syarikat mereka itu menjadi agenda penting untuk dibincangkan dan difikirkan. Alhamdulillah di Malaysia, kebanyakan nama-nama yang diberikan oleh ibu bapa untuk anak mereka semuanya nama yang baik-baik belaka. Tambahan pula orang Malaysia ini suka memberikan nama yang panjang untuk anak mereka. Cuma yang sedihnya orang Malaysia ni suka memendekkan nama seseorang itu untuk panggilan mereka. Contoh kalau nama Muhammad (yang terpuji) maka orang Malaysia ni lebih suka untuk memendekkan jadi Mad je. Kalau Shauqie (kerinduanku) maka akan jadi Qie. Satu lagi perangai orang kita ini suka memberikan gelaran yang pelik-pelik mengikut perwatakan individu itu. Contoh kalau seseorang itu bertubuh badan agak besar maka akan digelar bear, debab atau montel. Ada juga yang mendapat gelaran buaya, monyet, superman, kucing, honda, juling, jongang dan sebagainya.

Perkara seperti ini seakan sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita. Perlu kita ingat bahawa, setiap apa yang kita ucapkan itu merupakan doa. Begitu juga dengan panggilan nama untuk seseorang itu juga merupakan doa. Maka sebaiknya adalah dengan memperelokkan panggilan kita itu sesuai dengan nama yang telah diberikan kepada individu itu. Kalau namanya Muhammad maka panggillah dengan Muhammad. Jangan dipendekkan jadi Mad je sebab tak ada maksud untuk panggilan Mad tu. Perlu diingat juga, setiap gelaran yang kita letakkan ke atas individu itu, selagi mana orang yang kita gelar itu tidak redho dengan gelaran yang kita berikan maka selama itulah kita akan berdosa. Makanya, eh terbahasa Indon pulak. Oleh itu, jangan kita senang-senang untuk berikan gelaran pada orang kalau gelaran itu sendiri kita tidak suka untuk diletakkan ke atas diri kita. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Rasanya agak susah untuk kita ubah panggilan terhadap seseorang itu setelah bertahun-tahun kita memanggilnya dengan panggilan itu contoh macam Mad tadi nak tukar panggil Muhammad. Memang susah bagi mereka yang menganggap ianya susah. Betul tak??? Anggaplah ia mudah bagi kita. Kalau susah sangat pun, diharap cuba juga untuk menukar panggilan kita itu Panggillah saudara @ sahabat kita sesuai dengan nama yang telah diberikan kepada dia. Jangan dipendekkan contoh macam Ali kita panggil Li je. Kalau dipendekkan pun biarlah yang mempunyai maksud. Contohnya macam nama saya Muntazimuddin. Agak panjang kalau nak panggil nama penuh. So boleh pendekkan jadi Muntazim (orang yang bersistem/berdisiplin) ataupun Azim. Ada juga kawan yang panggil saya Mumtaz (cemerlang) sebab diaorang ingat ejaan nama saya Mumtaz (cemerlang). Padahal ejaan yang sebenarnya adalah Muntazim (orang yang bersistem/berdisiplin). Asalkan panggilan nama itu baik, maka teruskan untuk memanggil seperti itu. Doakan perkara yang baik untuk sahabat @ saudara kita melalui panggilan yang baik kepada mereka dengan harapan nama (yang bagus maksudnya) yang kita sebut itu terjelma dalam peribadi saudara @ sahabat kita. Untuk akhirnya ada 3 benda yang boleh disimpulkan dalam post kali ini

- Berikanlah nama kepada anak-anak dengan nama yang baik dan bagus maksudnya. Untuk panduan sila ke laman web ini halaqah.net

- Memanggil sahabat-sahabat kita dengan panggilan sesuai dengan nama yang diberikan contoh Badruddin (cahaya agama), maka jangan dipendekkan jadi Bad (kalau sebut dalam B.I tak ke jahat maksud dia) je.

- Jangan memberi gelaran kepada sahabat @ saudara kita melainkan gelaran-gelaran yang baik.

p/s : Kepada sahabat-sahabat yang perasan kalau saya memanggil dengan memendekkan nama anda, silalah tegur ye. Manusia tak boleh lari dari melakukan kesalahan. Wallahua'lam

9 Jamadil Awwal 1432 - 13 April 2011
7.52 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...