Thursday, March 31, 2011

Azim Art Design


Title : Azim Art Design
Medium : Photoshop CS2
Duration : None
Size : 1366 x 768

Bismillahirrahmanirrahim... Mengakhiri post untuk bulan Mac ini sekadar ingin berkongsi design terbaru yang dihasilkan 2 hari lepas. Design kali ini diciplak dari design sifu Ezhan saya. Maaf Encik Ezhan kerana meniru design anda buat kali ke berapa saya pun tidak pasti (macam banyak je). Gambar di atas adalah hasil design saya sendiri dan di bawah ini design sifu Ezhan.


Salah satu kata-kata dari sahabat saya yang melihat design ini "Tak puas la tengok design ni, sebab kreatif sangat design dia". Lepas dengar je ayat-ayat yang keluar dari mulut sahabat saya tu, rasa macam riak pun ada. Tapi tak baikkan riak-riak ni. Saya terus kata kat sahabat saya itu "design ni ciplak je" dan terus menunjukkan design sifu Ezhan di atas. Oklah, Harap enjoy dengan design ni.

Sebelum mengakhiri post kali ini, nak promote lagi satu benda tentang vlogger bagi mereka yang belum mengenalinya la ye. Sebelum ini tak pernah tahu pun pasal wujudnya vlogger ni. Lepas baca entry sifu Ezhan yang bertajuk 10 Youtube Vlogger Pilihan Ezhan Artwork, barulah tahu yang kewujudan vlogger ni. Bagi mereka yang tak tahu lagi apa dia itu vlogger boleh klik kat link Ezhan tadi tu ye. Antara mamat yang menjadi pilihan ataupun yang menarik perhatian saya adalah matluthfi90. Gaya dan cara penyampaian dia tu yang best. Diselit pula unsur-unsur lawak dan muka yang bersahaja dalam penyampaian membuatkan saya tertarik. Pertama kali tengok mamat ni dalam video dia yang bertajuk Selamat Hari Ibu 2010 sebab ada sahabat yang upload dalam facebook. Ingatkan satu je la video yang dia upload bersempena hari ibu. Rupa-rupanya dia ni adalah salah seorang dari vlogger. Dah nama pun vlogger, mestilah banyak video yang dia hasilkan. Jadi kepada beliau saya ucapkan semoga terus success dalam bervlogger ni. Bagi mereka yang belum tengok lagi aksi mamat ni boleh la klik kat link yang diberikan tadi tu. Ini seorang lagi vlogger IniAnwarHadi.

Agama itu adalah nasihat. Kita dianjurkan untuk saling nasihat-menasihati agar sama-sama dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Banyak cara untuk menyampaikan nasihat antaranya ketika dengan memberi ceramah face to face atau melalui blog, vlog dan sebagainya. Jom kita sahut cabaran untuk saling nasihat-menasihati antara satu sama lain ke arah kebaikan demi melihat islam kembali tertegak khususnya di Malaysia insyaALLAH.

26 Rabi'ul Akhir 1432 - 31 Mac 2011
4.50 p.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Tuesday, March 29, 2011

Freedom


Sangkar dan penjara, 2 tempat yang paling ingin dijauhi baik makhluk bernama manusia mahupun haiwan. Mereka tahu bahawa kehidupan di dalam sangkar dan penjara akan membunuh kebebasan yang sepatutnya mereka miliki. Cubalah tanya pada semua orang siapa yang suka dipenjara. Pastinya tiada seorang pun di dunia ini suka dipenjara. Bermakna kita suka dengan kebebasan dalam melakukan setiap perkara tanpa diganggu oleh sesiapa. Kalau kita perhatikan binatang-binatang yang terperangkap dalam jerat, mereka berusaha untuk bebas dari jerat yang telah memerangkap diri mereka. Ini kerana kebebasan adalah suatu nikmat yang ingin dikecapi oleh setiap makhluk di muka bumi ini. Kerana kebebasan juga pada hari ini kita telah menyaksikan jatuhnya pemimpin Tunisia dan Mesir yang memerintah negara secara zalim. Rakyat yang tidak tahan dengan cara pemerintahan yang dijalankan telah menuntut kebebasan.

Contoh-contoh yang telah diutarakan membawa maksud kebebasan adalah suatu keutamaan untuk setiap individu. Dengan adanya kebebasan maka semua orang akan hidup dengan aman damai. Bebaskanlah diri anda dari cengkaman nafsu dan syaitan yang sentiasa mendorong kita melakukan maksiat. Bebaskan diri dari belengu jahiliah. Perlu diingatkan bahawa kebebasan juga ada batasnya. Sekiranya kebebasan yang kita lakukan melanggar syariat maka itu tidak dibenarkan. Kebebasan mestilah selari dengan kehendak islam itu sendiri.

Kebebasan dalam englishnya freedom. Kalau ditanya kepada peminat-peminat Maher Zain, "pernah dengar tak lagu freedom". Mesti jawabnya "pernah". Post kali ini pun nak promote single terbaru dari Maher Zain yang bertajuk freedom. Pertama kali dengar lagu freedom ni memang terpukau juga rasanya. Setiap kali kalau saya minat sesuatu lagu maka saya akan putarkan lagu tu melalui laptop DELL INSPIRON 1440 saya berulang kali. Sehinggalah lagu tu jadi jemu untuk didengari. Lagu-lagu yang didendangkan oleh Maher Zain membuatkan para pendengarnya terpukau. Lagu yang berunsurkan dakwah. Pastinya semua ternanti-nantikan album Maher Zain yang terbaru. Betul kan??? Okaylah, membebel banyak pun tak guna. So, bagi sesiapa yang belum lagi mendengarkan lagu freedom tu, boleh klik kat link ni Freedom. Dengar-dengar dan hayatilah liriknya. Lagu ni bersempena dengan revolusi yang berlaku di Tunisia, Mesir dan negara arab yang lain. Saya agak je la. tapi rasanya betul dah. Nak upload video freedom tu tak ingat cara dia, jadi hanya dapat sertakan lirik dia je. Hope enjoy. Okay, jom bebaskan diri dari segala yang membelengu diri anda semua. Free yourself !!!


Freedom by Maher Zain

Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us


24 Rabi'ul Akhir 1432 - 29 Mac 2011
8.14 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Sunday, March 27, 2011

Bantu Ekonomi Islam


Selamat berhujung minggu kepada semua. Bila hujung minggu tiba, ramai ibubapa atau anak-anak yang pergi membeli-belah ataupun dalam englishnya dipanggil shopping barang-barang keperluan di shopping complex. Tambah-tambah sekarang ni boleh dikatakan semua tempat ada shopping complex. Tesco, Jusco, Giant, The Store dan macam-macam lagi shopping complex yang kian bercambah di negara kita ini. Tak dinafikan yang shopping-shopping complex ini memberikan kemudahan kepada kita semua kerana di situ semua barang yang ingin dicari pasti akan ditemui. Tak payah susah-susah nak pergi 2-3 tempat dalam satu masa. Shopping complex ni boleh diibaratkan sebagai coffee 3 in 1 ataupun 5 in 1. Macam-macam ada. Betul tak ni???.

Ok. Sekarang saya nak tanya anda semua. Pusat membeli-belah seperti Tesco, Jusco, Giant, The Store dan lain-lain lagi ni milik siapa sebenarnya??? Adakah pemiliknya terdiri dari orang islam ataupun tak. Pastilah pemilik jenama shopping complex yang besar-besar ni bukannya orang islam. Jadi bila kita bershopping di situ bermakna kita telah mengayakan orang yang bukan islam. Dalam masa yang sama kita telah membantu menguatkan ekonomi mereka. Betul??? Bagaimana pula dengan ekonomi orang islam??? Siapa pula yang nak bantu ekonomi islam kalau bukan orang islam sendiri. Soalnya sekarang ini ada ke jenama shoppping complex milik orang islam??? Setahu saya setakat ni masih belum ada lagi shopping complex milik orang islam melainkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah kalau tak silap saya la. Di negeri lain kalau ada pun hanyalah kedai yang menjual barang-barang keperluan harian. Kalau shopping complex milik orang islam takde macamana kita nak bantu ekonomi islam??? Jawapannya mudah je. Kita masih boleh membantu ekonomi orang islam. Kalau setakat nak beli barang dapur tu belilah kat kedai orang islam. Bila barang yang dicari tu takde di kedai orang islam barulah beralih arah ke shopping-shopping complex tu. Setuju dengan cadangan saya???

Sebenarnya post kali ni nak promosi satu kedai ataupun syarikat yang mana syarikat ni hanya menjual produk yang dihasilkan oleh islam sendiri. Produk yang bukan hasil dari orang islam maka kedai ni tidak akan mengambil produk tu untuk dijual di premis mereka. Kedai apa tu ye??? Nama yang diberi untuk kedai tu ialah KOHALAL. Nama pun dah halal kan. Maka barang-barang yang dijual dalam kedai tu insyaALLAH halal dan baik-baik belaka. Jadi kepada mereka-mereka yang sebelum ni mencari produk-produk keluaran orang islam boleh la berkunjung ke kedai Kohalal tu. Boleh lawati web mereka di http://www.kohilal.com/ dan di http://www.kohalal.com/. Rasanya setiap negeri ada cawangan tapi di sesetengah tempat la. Nak tahu kat mana lokasi-lokasi dia boleh rujuk kat laman web tadi. Barang-barang yang dijual di premis tu lebih kepada barangan dapur. So, kalau setakat nak beli barangan dapur, belilah di kedai KOHALAL ni ataupun di kedai-kedai milik orang islam berhampiran anda. Sama-samalah kita bantu ekonomi orang islam.

# Tahniah skuad Harimau Malaya. Walaupun hanya seri 1-1 dengan Etoile FC. Semoga skuad Harimau Malaya terus maju dan berjaya dalam arena bola sepak di pentas antarabangsa insyaALLAH.

22 Rabi'ul Akhir 1432 - 27 Mac 2011
7.40 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Friday, March 25, 2011

Selamat Tiba Di Mesir


Alhamdulillah telah selamat tiba di Mesir (rumah keduaku) pada 23 Mac jam 2.40 p.m. Alhamdulillah sepanjang dalam penerbangan tiada sebarang benda buruk yang berlaku. Cuma nak cerita sikit pengalaman transit di Oman. Alhamdulillah sepanjang dalam flight Oman Air, rasa seronok dan puas hati dengan layanan yang diberikan. Dapat makan dan tempat duduk yang selesa. Masa dalam flight tu dok fikir la, kalau macam ni lah gayanya flight Oman Air lepas ni boleh la tempah tiket Oman Air lagi kalau nak balik Malaysia. Itu masa dalam flight la. Sampai je dekat Oman, ingatkan dapat la hotel sebab transit kat situ lebih kurang 12 jam. Bila tunjuk tiket dekat kak yang jaga kaunter tu, kak tu pun cek la sama ada saya ni akan dapat hotel ataupun tak. Lepas kak tu cek dia tulis kat tiket saya tu no stpc. Bila nampak je perkataan no tu, memang tau dah tak dapat hotel. So dengan perasaan yang hampa terus la menuju ke tempat transit yang disediakan di airport Oman bersama dengan teman-teman yang senasib dengan diri ini. Cuba la bayangkan transit selama 12 jam hanya duduk di airport je. Apa perasaan anda??? Mesti membosankan, betul???. Kami sampai di Oman jam 12.30 pagi. Bila hotel tak dapat, maka di surau dan bangkulah yang menjadi tempat penginapan kami malam tu. Ada setengah dari rombongan kami yang dapat hotel, dan setengah lagi tak dapat. Kami pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Siapa yang salah agaknya. Kami ataupun pihak pengurusan??? Wallahua'lam. Tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni.

Bila subuh menjelang, kami pun bangun solat. Selesai solat, perut rasa lapar pulak. Saya ajak la kawan-kawan untuk breakfast kat kedai-kedai yang ada kat Oman Airport tu. Sebelum masuk ke kedai mestilah tengok harga dulu kan. Cukup ke bajet nak makan kat situ. Bila tengok harga makanan kat situ, not bad la. Standard Airport la. Harga dalam 21.00 ke atas la. Itu dalam rate Oman la. Bila cek rate Oman, agak terkejut juga sebab duit dia lebih tinggi dari dolar. Bayangkan 1 dolar baru 0.30 duit Oman. Kalau 21.00 Oman, agak-agak berapa dolar??? Lebih kurang dalam 50 juga. Apa macam??? Agak-agak kalau anda berada di tempat saya, nak ke beli makanan yang harga macam tu??? Mesti fikir 2-5 kali. So, bila bincang balik dengan kawan-kawan yang lain memandangkan duit dolar yang dibawa pun tak banyak, maka kami telah mengambil keputusan untuk berlapar je pagi tu dan menyimpan duit USD 30 yang telah diberikan oleh ajk rombongan sebagai duit belanja di airport. Mujurlah ada kawan-kawan yang bawa beberapa keping roti yang boleh mengisi perut pagi tu. Airport Oman tak la besar. Orang kata pi mai pi mai tang tu juga. Kalau masa dalam flight saya kata lepas ni boleh naik Oman Air lagi, tapi lepas dapat pengalaman tadi tu terus saya menarik balik kata-kata saya masa dalam flight tu. Mungkin lepas ni tak naik dah kot flight yang transit ni sebab menyusahkan. Tapi kalau masa transit tu dia bagi hotel insyaALLAH la boleh naik flight tu. Flight Oman memang best la. Cuma bila transit kat Oman lepas tu tak dapat hotel, tu la yang tak bestnya. Kalau setakat 1-2 jam boleh tahan lagi. Tapi kalau sampai 12 jam, siapa yang boleh tahan betul tak??? Apa pun yang penting alhamdulillah telah selamat sampai di Mesir. Nanti kalau orang tanya, "pernah pergi Oman ke?" jawabnya "Pernah (walaupun hanya berlegar-legar dalam airport selama 12 jam)".

Sebahagian gambar untuk tatapan semua














20 Rabi'ul Akhir 1432 - 25 Mac 2011
10.29 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

Monday, March 21, 2011

Pemenang Adik-Adikku Musim ke-2


Juara
Muhammad Amirul Munir Azlin

Naib Juara
Syafiqah Fasiha Ahmad Safri

Ketiga
Zaid Najmuddin Zul Akmal

Antara gambar-gambar peserta Adik-Adikku musim ke-2



17 Rabi'ul Akhir 1432 -22 Mac 2011
12.06 a.m
Ipoh, Perak, Malaysia

Akhirnya


Ada apa ya dengan gambar di atas ni. Teratak usang ni dah start buat bisness melalui internet ke, dan gambar di atas antara promosinya??? Ke apa??? Cuba story sikit???? Ok, sebenarnya tak terlintas pun setakat ni nak buat perniagaan melalui alam maya ni. In the future maybe la rasanya. Cuma 2 barang yang dalam gambar tu adalah ole-ole dari Bandung Indonesia buat diri yang kerdil ini hasil pemberian doktor Muzaffar (my brother) yang bercuti ke Bandung hari Selasa minggu lalu bersama dengan family beliau. Ini sebagai selingan untuk isi post kali ni. Isi post yang sebenarnya boleh tengok gambar di bawah ni.


Cuma nak buat pengumuman sikit tentang tarikh pulang ke Mesir. Sebab sebelum ni ramai juga yang tanya, "Bila nak balik Mesir balik?". So, inilah jawapannya bagi mereka yang tertanya-tanya ya. Nama saya telah pun tersenarai dalam SENARAI NAMA PELAJAR YANG AKAN PULANG KE MESIR PENERBANGAN KELAPAN 22 MAC 2011 (SELASA). Setelah penantian yang agak lama, akhirnya nama saya tersenarai juga. Ini gara-gara lambat hantar pasport ke Yayasan Perak. Kalau hantar awal, mesti dapat pulang awal. Apa pun semua nya Allah dah tetapkan. Dari 13 Februari - 22 Mac 2011 keberadaan saya di bumi Malaysia. Rasa macam baru semalam je menjejak kaki kat Malaysia. Sungguh pantas masa berlalu. Syukur pada Allah di atas kurniaan yang telah diberikan ini. Dapat juga melepaskan rindu pada family walaupun hanya sebulan lebih tempohnya. InsyaALLAH pengajian saya akan tamat pada akhir 2014. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Sabda Nabi yang bermaksud

Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mempelajari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan jalannya untuk menuju ke syurga.

Setakat ini dulu untuk post kali ni. Terima kasih pada semua terutama ibu dan ayah, kerana telah bersusah payah menyediakan keperluan seharian yang terbaik buat anakmu ini sepanjang tempoh 38 hari ni walaupun diri ini terlalu sedikit menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan kerja-kerja harian kalian dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada seluruh family yang turut sama menyediakan yang terbaik buat diri yang kerdil ini. Jasa kalian semua pasti akan saya sematkan dalam ingatan. Sekian...




# Tika ini final adik-adikku sedang bersiaran langsung di TV1. Siapakah bakal dinobatkan sebagai juara adik-adikku musim ke-2. Nantikan jawapannya seketika nanti.


16 Rabi'ul Akhir 1432 - 21 Mac 2011
9.44 p.m
Ipoh, Perak, Malaysia

Friday, March 18, 2011

Ringankan Beban Mereka


Bertemu kembali pada pagi hari Jumaat yang mulia ini. Post kali ini masih lagi dalam mood school holiday. Cuti sekolah berbaki lagi 2 hari selain negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bagi 3 negeri ini tinggal sehari lagi sebelum sesi persekolahan dibuka kembali. Kepada mereka yang sedang bercuti ataupun yang telah selesai bercuti sama ada dalam mahu pun luar negara, harapnya bergembiralah dengan percutian anda semua. Bagi mereka yang memilih untuk bercuti di rumah masing-masing pun harapnya turut gembira. Adik-adik yang hanya menghabiskan cuti sekolah di rumah tu janganlah duduk goyang kaki je di rumah. Ringan-ringankanlah badan tu untuk menolong dan membantu ibubapa kalian menyelesaikan kerja-kerja rumah. Contohnya memasak, mengemas rumah, siram pokok bunga dan lain-lain kerja rumah. Ringankanlah beban ibubapa kita yang saban hari penat membanting tulang untuk menyara kehidupan kita seharian. Tidak rugi sedikit pun masa kita membantu mereka malah kita mendapat ganjaran lagi dari Allah. Allah telah menyuruh kita untuk berbuat baik kepada ibubapa kita sesuai dengan firmanNya dalam surah al-Isra' ayat 23-24 yang bermaksud

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan mendapat ganjarannya dari Sang Pencipta. Tambah-tambah lagi kebaikan itu untuk kedua ibubapa kita. Jadi, jangan malas dan buat-buat segan untuk berbakti kepada orang yang telah menjaga dan membesarkan kita iaitu ibu dan bapa kita. Bantulah mereka selagi mereka masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas. Dan Bagi mereka yang ibubapanya sudah tiada, anda masih lagi boleh berbakti kepada mereka dengan selalu mendoakan mereka agar ditempatkan bersama orang-orang yang soleh insyaALLAH. Sebelum mengakhiri post kali ni saya ingin berkongsi sedikit amalan-amalan sunat hari Jumaat yang diambil dari majalah Solusi untuk tatapan pembaca semua. Moga bermanfaat dan dapat diamalkan

1- Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah pada malam Jumaat dan siang hari Jumaat. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud "Perbanyakkanlah selawat kepadaKu pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang berselawat kepadaKu satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali"

2- Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara du Jumaat"

3- Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah hari raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak."

4- Bersegera menghadiri solat Jumaat. Terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w yang diringkaskan seperti berikut

- awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta
- waktu kedua seolah-olah berkorban seekor lembu
- waktu ketiga seolah-olah berkorban seekor kambing
- waktu keempat seolah-olah berkorban seekor ayam
- waktu terakhir seolah-olah berkorban sebiji telur

5- Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud " Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauhkan akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya.

13 Rabi'ul Akhir 1432 - 17 Mac 2011
10.41 a.m
Ipoh, Perak, Malaysia

Wednesday, March 16, 2011

Cut-Cuti Malaysia & Luar Negara


Musim cuti sekolah ni ramai ibubapa yang bergelar guru ataupun cikgu mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak mereka sama ada bercuti dalam negara mahu pun luar negara. Bagi ibu ataupun bapa yang bukan bergelar cikgu pastinya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk memohon cuti agar dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Macam my brother, Kalau ikutkan kerja jadi doktor ni tak cuti la melainkan Sabtu dan Ahad. Tapi disebabkan isteri seorang cikgu maka tanpa membiarkan peluang yang ada ni dibuang begitu saja beliau memohon cuti selama seminggu juga. Destinasi yang menjadi pilihan cuti mereka kali ini ialah Bandung Indonesia.

Anak-anak doktor & cikgu berposing sebelum ke LCCT untuk berlepas ke Bandung Indonesia





Tak kiralah sama ada bercuti di dalam negara mahupun luar negara, apa yang penting tidak terlalu membazir sehingga lari bajet bulanan anda sekalian. Kesempatan seperti inilah yang perlu diambil oleh ibubapa. Waktu inilah masa untuk meluangkan sepenuh masa terhadap keluarga anda. Kalau nak ikutkan cuti Sabtu dan Ahad saja memang tidak cukup untuk memahami dan meluahkan segala isi hati masing-masing. Betul tak ni??? Mungkin betul la rasanya. Cuti sekolah masih berbaki lebih kurang 5 hari lagi. Masih belum terlambat untuk merancang percutian anda sekeluarga. Kalau tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat tentang pakej percutian, langkah dia sungguh mudah anda buka internet dan search la melalui Mr Google or Mr Yahoo. Taip je cuti-cuti malaysia dan sebagainya. Di sini saya serta satu link untuk rujukan anda semua. Klik link ni Cuti-cuti Malaysia. Pastinya banyak agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian murah bersempena musim cuti sekolah ini. Rebutlah peluang yang ada ini untuk menghiburkan anak-anak dan diri anda semua.

Kalau ditanya tuan punya teratak ni destinasi manakah yang menjadi pilihan sekiranya diberi peluang. Maka jawapannya, jika dalam negara 3 destinasi menjadi pilihan. Kota Kinabalu Sabah, Kuching Sarawak dan Pulau Langkawi Kedah. Kalau luar negara pula, Gold Coast Ausrtralia, Beijing China dan London. Itu antara destinasi pilihan saya jika diberi peluang sama ada dari segi duit mahupun masa. Kalau duit takde macamana mahu bercuti betul tak??? Orang kata kalau ada rezeki tu insyaALLAH la. Jadi, bagi anda yang ada peluang bercuti ni gunakanlah sebaiknya. Pastikan bajet sudah dibuat untuk setiap percutian anda. Kalau bercuti di negara orang, dapatkan nasihat dari mereka yang telah berpengalaman bercuti di tempat itu. Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri anda supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini di negara yang kita tidak tahu selok beloknya ok.

Percutian saya di Malaysia pun hampir sampai ke penghujungya. Mungkin dalam seminggu ataupun 2-3 hari lagi. Semua bergantung pada yayasan perak yang mengaturkan penghantaran pulang pelajar Perak ke Mesir untuk meneruskan pengajian. Alhamdulillah balik ke Malaysia kali ini ditangguh sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Balik ke Mesir pula ditanggung kerajaan negeri Perak. Inilah yang dinamakan rezeki. Tak rancang pun untuk balik Malaysia cuti sem baru ni. Ni Semua perancangan Allah yang maha kuasa. Jadi kepada semua mahasiswa Mesir, bersyukurlah atas nikmat yang telah diberikan ini. Belajar rajin-rajin. Nanti dah habis boleh sampaikan ilmu kepada masyarakat di Malaysia kelak insyaALLAH. So setakat ini dulu post kali ini. Selamat bercuti bagi mereka yang berkenaan. Moga kalian bergembira dengan percutian kalian semua. All da Best!!!

# SELAMAT HARI LAHIR 2 MY SISTER MAHFUZAH. MAY ALLAH ALWAYS BLESS U IN WHATEVER U DO. BE A GOOD MOTHER & WIFE !!! DON'T STRESS33. JUST BE HAPPY GO LUCKY OK...

11 Rabi'ul Akhir 1432 - 16 Mac 2011
9.07 a.m
Ipoh, Perak, Malaysia

Monday, March 14, 2011

First Tutorial : Displacement Map


Bertemu kembali sahabat semua. Seperti yang telah dijanjikan pada post yang lalu. Teratak usang ini akan melahirkan tutorial adobe photoshop sepertimana yang telah wujud dalam blog sifu Ezhan tu ye. Tutorial ini sebagai tambahan dan kira membantu sifu saya dalam menghasilkan tutorial adobe photoshop ni. Jadi ini adalah first tutorial dari teratak ni yang diberi nama sebagai Displacement Map atau fullname dia Wrapping Objects with Displacement Map dengan menggunakan perisian adobe photoshop CS2. Tanpa membuang masa yang selalu mencemburui kita, apakata jom kita mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.


STEP 1


Pertama sekali, korang buka satu textures kesukaran korang semua. Saya menggunakan textures seperti di atas. Kalau korang tak tahu nak dapatkan kat mane textures tu, boleh la download kat link yang telah disediakan oleh sifu saya dalam blog beliau ezhan-artwork. Klik link ni ye.

STEP 2


Kemudian pergi kat kotak bawah sekali di sebelah kanan korang yang ada tulis layer tu. Kalian klik kat kotak channnel di sebelah dia tu macam gambar rajah di atas.

STEP 3


Lepas tu klik salah satu kotak yang dibawah dia sama ada yang red, green ataupun blue. Saya telah memilih kotak red.

STEP 4


Selepas korang dah duplicate channels tu satu paparan akan keluar. Korang perlu membuat satu document baru dengan klik pada new untuk mendapatkan document baru seperti gambar rajah di atas.

STEP 5


Sekarang satu document baru telah terpapar. Sebelum korang save document baru tu korang perlu letakkan gaussian blur. Cara dia pergi pada Filter>Blur>Gaussian blur. Settingkan radius dia 0.7 pixels.

STEP 6


Kemudian korang savekan document tadi kat desktop untuk kemudahan korang semua. Kita akan gunakan document baru ni sebentar lagi.

STEP 7


Setelah selesai membuat document baru tadi, kini kita kembali pada document yang original tadi. Klik pada kotak RGB kembali.

STEP 8


Kerja yang seterusnya ialah buat new layer. Pergi kat tulisan Layer di atas dan klik pada new layer atau ctrl+shift+n.

STEP 9


Sekarang dah ada new layer dan untuk masukkan tulisan, klik pada T yang ada pada toolbox korang dan tulis apa saja perkataan yang korang suka. Korang boleh juga untuk letakkan objek lain tapi perlu disatukan dalam satu layer. Untuk satukan tulisan dan objek, klik pada tulisan sambil klik butang ctrl dan klik pada objek yang ingin disatukan dan klik ctrl+e.

STEP 10


Seterusnya korang perlu rasterizekan tulisan tadi sekiranya belum dirasterizekan seperti gambar di atas. Klik kanan pada layer tu dan klik pada rasterize type.

STEP 11


Okay. Sekarang kita akan tahu macamana displacement map tu. Korang pergi pada Filter>Distort>Displace. Gunakan setting yang telah sedia ada dan klik ok.

STEP 12


Dia akan keluar satu paparan yang meminta korang untuk pilih displacement map. Sekarang kita akan menggunakan document baru yang kita telah buat di awal tadi. Klik pada document yang kita simpan di dekstop tadi. Korang akan dapat lihat hasil dia seperti di bawah.

STEP 13


Kemudian korang perlu overlay kan layer tadi. Cara dia lihat gambar rajah di atas.

STEP 14


Then, duplicate layer. Layer>Duplicate Layer atau ctrl+shift+n.

STEP 15


Layer yang telah diduplicate tadi korang tambahkan sikit inner shadow dengan klik pada butang f kat kotak layer di bawah tu seperti gambar rajah disebelah. Gunakan setting yang telah ditetapkan.

STEP 16


Ok. Last... sekali korang pergi pula layer kat bawah layer yang diduplicate tadi. Korang setkan opacity dia jadi 30%. Dan inilah hasilnya seperti gambar di atas.

Alhamdulillah selesai sudah tutorial displacement map kita pada kali ini. This the first tutorial dari teratak usang ni. Harap kalian enjoy dengan tutorial first ni. Antara lain yang telah dihasilkan melalui tutorial ini ada diletakkan dalam gambar yang kat atas sekali tadi. 2 Gambar yang kecil tu. Bagi sesiapa yang tak faham mana-mana step kat atas boleh terus tanya melalui komen, email dan facebook saya. Selamat Mencuba!!! InsyaALLAH tutorial lain akan menyusul selepas ini. Moga dipermudahkan segalanya oleh yang Maha Esa.


9 Rabi'ul Akhir 1432 - 14 Mac 2011
11.13 p.m
Ipoh, Perak, Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...