Friday, March 25, 2011

Selamat Tiba Di Mesir


Alhamdulillah telah selamat tiba di Mesir (rumah keduaku) pada 23 Mac jam 2.40 p.m. Alhamdulillah sepanjang dalam penerbangan tiada sebarang benda buruk yang berlaku. Cuma nak cerita sikit pengalaman transit di Oman. Alhamdulillah sepanjang dalam flight Oman Air, rasa seronok dan puas hati dengan layanan yang diberikan. Dapat makan dan tempat duduk yang selesa. Masa dalam flight tu dok fikir la, kalau macam ni lah gayanya flight Oman Air lepas ni boleh la tempah tiket Oman Air lagi kalau nak balik Malaysia. Itu masa dalam flight la. Sampai je dekat Oman, ingatkan dapat la hotel sebab transit kat situ lebih kurang 12 jam. Bila tunjuk tiket dekat kak yang jaga kaunter tu, kak tu pun cek la sama ada saya ni akan dapat hotel ataupun tak. Lepas kak tu cek dia tulis kat tiket saya tu no stpc. Bila nampak je perkataan no tu, memang tau dah tak dapat hotel. So dengan perasaan yang hampa terus la menuju ke tempat transit yang disediakan di airport Oman bersama dengan teman-teman yang senasib dengan diri ini. Cuba la bayangkan transit selama 12 jam hanya duduk di airport je. Apa perasaan anda??? Mesti membosankan, betul???. Kami sampai di Oman jam 12.30 pagi. Bila hotel tak dapat, maka di surau dan bangkulah yang menjadi tempat penginapan kami malam tu. Ada setengah dari rombongan kami yang dapat hotel, dan setengah lagi tak dapat. Kami pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Siapa yang salah agaknya. Kami ataupun pihak pengurusan??? Wallahua'lam. Tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ni.

Bila subuh menjelang, kami pun bangun solat. Selesai solat, perut rasa lapar pulak. Saya ajak la kawan-kawan untuk breakfast kat kedai-kedai yang ada kat Oman Airport tu. Sebelum masuk ke kedai mestilah tengok harga dulu kan. Cukup ke bajet nak makan kat situ. Bila tengok harga makanan kat situ, not bad la. Standard Airport la. Harga dalam 21.00 ke atas la. Itu dalam rate Oman la. Bila cek rate Oman, agak terkejut juga sebab duit dia lebih tinggi dari dolar. Bayangkan 1 dolar baru 0.30 duit Oman. Kalau 21.00 Oman, agak-agak berapa dolar??? Lebih kurang dalam 50 juga. Apa macam??? Agak-agak kalau anda berada di tempat saya, nak ke beli makanan yang harga macam tu??? Mesti fikir 2-5 kali. So, bila bincang balik dengan kawan-kawan yang lain memandangkan duit dolar yang dibawa pun tak banyak, maka kami telah mengambil keputusan untuk berlapar je pagi tu dan menyimpan duit USD 30 yang telah diberikan oleh ajk rombongan sebagai duit belanja di airport. Mujurlah ada kawan-kawan yang bawa beberapa keping roti yang boleh mengisi perut pagi tu. Airport Oman tak la besar. Orang kata pi mai pi mai tang tu juga. Kalau masa dalam flight saya kata lepas ni boleh naik Oman Air lagi, tapi lepas dapat pengalaman tadi tu terus saya menarik balik kata-kata saya masa dalam flight tu. Mungkin lepas ni tak naik dah kot flight yang transit ni sebab menyusahkan. Tapi kalau masa transit tu dia bagi hotel insyaALLAH la boleh naik flight tu. Flight Oman memang best la. Cuma bila transit kat Oman lepas tu tak dapat hotel, tu la yang tak bestnya. Kalau setakat 1-2 jam boleh tahan lagi. Tapi kalau sampai 12 jam, siapa yang boleh tahan betul tak??? Apa pun yang penting alhamdulillah telah selamat sampai di Mesir. Nanti kalau orang tanya, "pernah pergi Oman ke?" jawabnya "Pernah (walaupun hanya berlegar-legar dalam airport selama 12 jam)".

Sebahagian gambar untuk tatapan semua














20 Rabi'ul Akhir 1432 - 25 Mac 2011
10.29 a.m
Awwal Nuhas, Tanta, Mesir

One response to “Selamat Tiba Di Mesir”

munie said...

Dimalaysia mana boleh tukar duit,dr duit oman kepada rnggit mlysia,coz byk money chnger x amk.tq

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...