Post kali ini just ingin story sikit pengalaman pergi ke Kuala Lumpur semalam 12 Mac 2011 semata-mata ingin menghadiri majlis perkahwinan housemate saya selama 2 tahun di Mesir iaitu Ustaz Shauqie Sazli. Ada beberapa pengalaman yang ingin dikongsi bersama sahabat semua. Antaranya :
Tiket Train ETS
Kalau ikut plan asal nak ke Kuala Lumpur hari khamis petang. Punyalah yakin terlebih tak payah beli tiket awal. Sebab rasa-rasa tiket mesti ada lagi. Time nak gerak baru beli. Tapi nak dijadikan cerita, emak suruh call dulu ETS tu mane la tau kot-kot tiket habis. Kerana taatkan suruhan emak, maka anak yang soleh ni pun call la ETS tu. Masa tanye dengan orang yang jawab call tu sama ada tiket untuk ke KL Sentral jam 6.30 petang masih ada lagi ataupun tak, dengan pantasnya tanpa berfikir panjang orang tu jawab "dah habis la encik". Dengar je jawapan dari kak tadi tu terus je rasa agak kecewa sikit. Nasib la kenduri tu bukannye malam tu. Bila cakap kat mak yang tiket habis, barulah emak ingatkan saya yang hari tu start cuti sekolah. Memang confirm la tiket habis kalau tak beli awal. Sejak dah lama meninggalkan bangku sekolah ni, memang dah tak ambil tahu bila cuti sekolah. Kalau tahu pun bila diberitahu. Macam la kes di atas. So, pengajaran kat sini kalau start cuti sekolah janganlah beli tiket lambat-lambat. Takut nanti jadi macam situasi di atas. Beli la tiket sehari or 2 hari sebelum dari tarikh perjalanan yang dikehendaki.
Tiket LRT
Ni satu lagi pengalaman. 12 Mac 2011 Bertolak dari Ipoh jam 8.30 pagi menaiki Train ETS yang disayangi selepas hampa tak dapat tiket untuk jam 6.30 petang 11 Mac 2011. Sampai KL SentraL Lebih kurang jam 10.45 pagi. Bila sampai je terus menuju ke tempat nak beli tiket LRT untuk ke rumah kak di setapak. Erm... nak dijadikan cerita, masa dah tetapkan ke mana arah tuju kita maka mesin tu mintak untuk masukkan duit sebanyak RM 2.30. Jadi saya masukkanlah RM2 duit kertas sekali gus kat tempat yang sepatutnya dan 0.30 sen duit syiling. Tunggu punya tunggu... Kenapa la tiket tak keluar ni. Panik juga la time tu. Saya tekan-tekan la jari saya kat mesin tu untuk keluarkan tiket yang sepatutnya saya dapat. Tapi hampa sebab tak keluar juga. Tiba-tiba saya dengar suara seorang brother tegur saya dan dia tunjukkan ke arah duit kertas yang keluar dari tempatnya. 0o0o0... patut la tiket tak keluar. Jadi saya masukkan sekali lagi RM2 sekaligus macam kita masukkan duit dalam bank atm tu kan (boleh masuk banyak-banyak). Setelah dimasukkan sekali lagi dia keluar. Mungkin brother kat belakang saya tu kesiankan saya, jadi dia cakap kat saya 'bang, masukkan satu-satu la bang'. o0o0o... barulah saya tahu. Rasanya mesti dah merah muka saya waktu tu kan. Lepas je dah dapat tiket saya ucapkan terima kasih kat brother yang telah menolong saya tu. Maklumlah, jarang naik LRT kat Kuala Lumpur ni. So, pengajaran kat sini, rasaya kat mesin tu ada tulis cara-cara untuk membeli tiket tapi disebabkan tak baca, tu yang jadi tak tahu. Ataupun kalau tak tahu cara nak gunakan mesin tu boleh minta tolong orang-orang yang ada kat situ. Orang Malaysia kan semua bagus-bagus dan baik. Jadi jangan segan-segan nak minta pertolongan dari mereka ok.
Stesen Petronas
Ni masa nak balik ke Ipoh. Singgah stesen Petronas untuk isi minyak. Setelah selesai bayar time nak isi, Mana satu nak pilih ni, yang kuning (ron95) or yang hijau (ron97). Memang sebelum ni tak pernah isi minyak sendiri. Saya lebih memilih untuk ambil yang warna hijau (ron97) sebab lebih suka warna tu. Bila tekan masa nak isi tu minyak tak keluar. tekan punya tekan tak juga keluar. Sekali lagi muka rasa macam dah merah padam. So, bila fikir balik mungkin kena isi yang warna kuning tu rasanya. Try la pulak akan yang kuning tu. Tekan dan tekan lagi tak keluar jugak. Masa tu pembantu stesen minyak yang ada kat situ dan tengok semacam. Dengan rasa yang agak malu saya memanggil abang tu dan cakap kat dia 'minyak tak nak keluar la bang'. Jadi, abang hensem yang rasa bertanggungjawab tu pun datang kat saya untuk menghulurkan bantuan dan menunjukkan kepakarannya kepada saya yang kurang pandai isi minyak ni. Sekali lagi saya mengeluarkan perkataan 0o0o0o0 buat kali ketiganya. So, pengajaran kat sini, bila ayah or mak or sape-sape yang singgah kat stesen minyak untuk isi minyak jangan la duduk dalam kereta buat dono je. Keluar la dari kereta dan tolong diaorang isi. Paling kurang tengok pun jadilah. Sekurang-kurangnya kita tahu minyak yang selalu diisi dan bagaimana cara dia ok. Rasanya dulu-dulu pernah jugak tolong isikan minyak tapi tu zaman bila tak tahulah. Mungkin sebab dah lama tu sebab tak ingat.
Lebuhraya Utara-Selatan
Lebuhraya Utara-Selatan semalam menjadi saksi, bahawa buat kali pertama or firstimenya memandu dari Kuala Lumpur ke Ipoh menaiki kereta Wira Aeroback 1.6. Sejak mendapatkan ijazah pertama dari JPJ pada tahun 2009 lalu inilah kali pertamanya saya memandu lebih dari 100km. Hujan yang turun dengan lebatnya di pertengahan jalan menjadi satu ujian buat saya. Dengan segala ilmu yang telah dipelajari semasa di pondok memandu City Ipoh di Simpang Pulai pada 2009 yang lalu saya gunakan dengansebaiknya. Ketika kita berada dalam keadaan hujan yang lebat, kita perlulah memandu dengan perlahan. Jarak kereta kita dengan kereta di hadapan perlu sedikit jauh dari keadaan biasa. Lampu perlu dinyalakan dan sebagainya. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada kejadian buruk yang berlaku. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 5.00 petang lebih kurang dan tiba di destinasi jam 7.30 malam tanpa henti. Maaflah sebab terlalu excited nak kongsikan pengalaman ni bersama kalian semua. Kali pertama la katakan. Bayangkanlah habis je dapat ijazah dari JPJ tahun 2009, ada masa dalam satu minggu je untuk testing power drive kereta. Lepas tu terus balik ke Mesir untuk menyambung pengajian. Cuti semester tahun lepas balik Malaysia tapi kereta yang boleh untuk saya drive takde kat rumah sebab kak yang kerja kat Kuala Lumpur pinjam. Kat rumah ada je kereta Mercedes tapi belum lagi dapat ijazah dari Datuk Zulkifli untuk saya drive. Jadinya pengalaman bawa kereta untuk saya ni kurang la. Itu pasal bila dapat drive lebih 100km satu perjalanan saya excited untuk kongsi bersama pembaca semua.
Inilah sedikit sebanyak pengalaman yang saya dapat semalam untuk dikongsi bersama anda semua. Pengalaman yang berharga buat diri yang kerdil ini. Setiap pengalaman itu pastinya memberi pengajaran yang penting buat semua orang. Pengalaman itu penting sebenarnya. Dengan pengalaman itulah menjadikan seseorang itu lebih matang dalam sesuatu perkara. Pastinya setiap orang ada pengalaman-pengalaman yang berbeza. Oleh itu jadikan setiap pengalaman yang anda lalui itu dapat mematangkan diri anda sekalian dari semasa ke semasa. Sekian dulu untuk kali ini.
8 Rabi'ul Akhir 1432 - 13 Mac 2011
12.31 pm
ipoh, Perak, Malaysia

No response to “My Experience”
Leave a Reply